Tuesday, November 30, 2010

Sayu Hati Ku....

Comments
Sayu hati aku menatap muka depan metro hari ini.

Bayangkan 5 minit lalu sisuami menghantar isterinya ke tempat kerja tiba-tiba diberitahu suaminya sudah tiada.
Si suami maut akibat dihempap pokok reput secara tiba-tiba selepas menghantar isterinya ke tempat kerja. Ajal maut urusan Allah dan kita perlu redha dengan setiap kejadian. Tapi tinta juga berasa terpanggil untuk mempersoalkan pihak berwajib. Kenapa tidak tebang pokok reput ditepi jalan tu sebelum ini? Terlepas pandang kah?

baca selanjutnya, klik http://www.hmetro.com.my/articles/Sujuddakapjenazahsuami/Article

al-Fatihah untuk keluarga mangsa.

Pencakar Langit- Mana yang lebih tinggi?

4 comments


Yang terkini mungkin juga dalam perancangan para jurutera 'mile-tower' adalah Ultima tower sebuah binaan gigantik yang menenggelamkan kesemua rekod ketinggian 'mile-tower' sedia ada. Di bawah adalah lakaran Ultima Tower.

Monday, November 29, 2010

Menang Kredit Celcom RM5 :)

2 comments



Tadi dalam pukul 06:45pm aku dapat mesej dari nombor 66300. Kandungan mesej tu macam ni lah:

RM0.00 Tahniah!
Anda telah
menang kredit
panggilan
tambah nilai
Celcom bernilai
RM5.
Code.5404146958244690 Dail
*122*<Code>#
tekan panggil/hantar
Sender:
66300

Mula-mula aku baca ingat hanya sebagai spam sahaja tapi terlintas dekat hati aku untuk mencuba juga kod tambah nilai ni. Dan hasilnya?

WOW...  




Ada perubahan nilai baki kredit aku..huhuu...bestnya...

tapi nak tanya juga. Ada tak rakan-rakan blogger dapat hadiah macamni?
dan tahukah siapa empunya nombor 66300?

Wanita dakwa daftar namanya sebagai pemilik matahari

9 comments

MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.
Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.
Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.
Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.
Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.
Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.
Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.
Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.
Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi
*lepas ni sesiapa nak berjemur bawah matahari tepi pantai kena caj tambahan lah oleh pemilik matahari. Tanam pokok kena caj. Silap-silap jalan kaki siang-siang pun kena caj gamaknya. Kalau tak mau caj kena guna payung.hehe. Satu peribahasa bakal dicipta oleh Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu "Sediakan payung sebelum matahari terbit"
hahaha...gilo punya kerja minah saleh ni..

Sunday, November 28, 2010

Wanita

2 comments



Aku malam ni tetiba dapat idea nak menulis entry berkaitan wanita. Entry ni hanya sekadar pandangan aku yang diceduk melewati pengalaman-pengalaman silamku mahupun dari manusia sekeliling ku. Biarpun ringkas tapi cubalah untuk memahami.

Umumnya mengetahui wanita dicipta dari rusuk kiri Adam.



Dari rusuk kiri,
dekat dengan jantung untuk dikasihi,
dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dibelai.

Wanita bukan untuk dibuli tapi untuk disayangi.
Bukan jua bukan untuk jadikan hamba tapi sebagai amanah dan suri hidup pelengkap diri.

Wanita suka lelaki yang romantis kerana padanya juga wanita ingin bermanja kasih.
Wanita suka lelaki yang bertanggungjawab kerana padanya juga wanita rasa terjamin.
Wanita suka pada lelaki pemaaf, jangan ego kerana wanita suka dihargai.
Wanita juga kaya pelbagai karenah tapi wanita perlukan lelaki yang sabar untuk memahami dirinya.

Tersentuh hati tinta bila melihat wanita dikasari dek kerana baran sang lelaki, ada juga yang sanggup membunuh dek kerana cemburu buta. Tiadakah belas kasihan tatkala si hawa yang menjadi mangsa kejam lelaki merintih, merayu dan menangis?

Wanita mencintai lelaki kerana mengharapkan kasih, sayang, cinta dan perlindungan dari lelaki. Jadi hargailah mereka kerana dengan sifat itu, semoga ikatan yang terjalin terus berkekalan.

Kawan-kawan yang ingin berkongsi pandangan, tinta alu-alukan. Sekian

Tag Megetag

6 comments



First time aku kena tagging maklumlah masih newbie dalam blogging ni.hehe..

terima kasih pada encik kiz sebab tag aku. huhu..
Aku pun tak tahu nak komen macam mana pasal blog beliau tapi aku ringkaskan macam ni lah:
  • comel
  • menarik pandangan mata aku
  • ceria
  • aku suka tengok blog beliau sebab tu dapat award dari aku.huhu
haha..tak mau puji banyak-banyak. nanti kembang semangkuk pulak punggung beliau..selamat berblogging ya kiz. sekian...

Saturday, November 27, 2010

Award

2 comments
BannerFans.com

Assalamualaikum para blogger yang dihormati sekalian. Ini percubaan pertama aku membuat award untuk blog-blog yang cute dan sedap mata memandang (dari pandangan mata aku lah). Sambil blogwalking, aku akan tinggalkan jejak/link dekat shoutbox untuk kawan-kawan sekalian grab this award.

*award yang tak seberapa.hehe

silalah copy code di bawah dan tampalkan di blog anda





.

Friday, November 26, 2010

Jom pekena char kuey teow...

4 comments
gambo hiasan shj. google punya



Mood malam ni masih flu dan pening-pening..

Tapi tetiba teringat pulak sepinggan char kuey teow yang dah lama tak pekena. Terasa nak pi mencari-cari.huhu..Harap-harap jumpa lah...Plan nak order Special plate punya. Geram tengok udang yang buncit-buncit empat lima ekor dok landing atas pinggan tu.

sapa-sapa nak ikut jomlah...

*macam biasalah. dah pekena sepinggan tak cukup. Tapau lagi sebungkus habuan supper.hehehe..

Dunia aku hijau, Hijau itu indah, indah itu tenang...

Comments




Bangun pagi gosok gigi dan mandi-manda..lalala...


Buka pintu umah pagi-pagi terasa nyaman dan mengasyikkan tatkala udara pagi aku sedut, tengok pula kehijauan yang terpampang depan mata aku. suasana kampung memang mengasyikkan. Hijau bumi Tuhan. Cukup indah, cukup tenang. Bersyukur pada Allah aku dapat bangun dengan mata yang masih celik untuk aku terus mnatapi semua keindahan alam ciptaanMu ya Allah.


Hari cuti hari hari membahgiakan aku.hehe..


Aku masih tak tahu apa plan lagi hari ni. Cuma plan tetap yang mesti ada dalam kepala hotak aku tentulah jalan-jalan cari makan.huhu..
Ingat nak pekena nasi berlauk ikan telapia bakar, sambal belacan, ulam-ulaman dengan minuman teh ais...


Aku termenung keasyikkan melihat pepohon merimbun kiri kanan belang rumah aku. Dalam melayani blues pagi-pagi ni teringat pulak kampung halaman ku di tengah sawah bendang. Sihatkah mak abah dan adikku? kejap lagi aKu telefon dorang lah. harap-harap sihat semuanya.....


*gambar-gambar sekadar hiasan.

Hijau 

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Zainal Abidin




Thursday, November 25, 2010

Perut Kekenyangan...

4 comments
Blurppp...Alhamdulillah. tersendawa pulak..hehe


Mood flu malam ni. selesema plus bersin (nikmatnya). Perut lapar gagah juga bawa motor cari burger daging special( plan menu malam ni)




Sesampai je kedai burger brader Awang, terus order tapi baru terperasaan ada kedai baru menapak sebelah kedai brader Awang. Ronda-ronda kejap rupanya brader sorang ni  jual nasi ayam. Perut pun mengidam nak makan nasi terus aku order sebungkus.






Berselera juga aku time mood tak okey ni..Apa nak kira perut tengah lapar. Bedal jeee..hehehe..Biasalah hidup sorang-sorang, makan minum kedai-kedai yang uruskan...hehehe..


*mood bosan plus mood flu...saja ja suka-suka nak tulis entri ni..
 
best linux hosting