Sunday, November 28, 2010

Wanita

2 comments



Aku malam ni tetiba dapat idea nak menulis entry berkaitan wanita. Entry ni hanya sekadar pandangan aku yang diceduk melewati pengalaman-pengalaman silamku mahupun dari manusia sekeliling ku. Biarpun ringkas tapi cubalah untuk memahami.

Umumnya mengetahui wanita dicipta dari rusuk kiri Adam.



Dari rusuk kiri,
dekat dengan jantung untuk dikasihi,
dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dibelai.

Wanita bukan untuk dibuli tapi untuk disayangi.
Bukan jua bukan untuk jadikan hamba tapi sebagai amanah dan suri hidup pelengkap diri.

Wanita suka lelaki yang romantis kerana padanya juga wanita ingin bermanja kasih.
Wanita suka lelaki yang bertanggungjawab kerana padanya juga wanita rasa terjamin.
Wanita suka pada lelaki pemaaf, jangan ego kerana wanita suka dihargai.
Wanita juga kaya pelbagai karenah tapi wanita perlukan lelaki yang sabar untuk memahami dirinya.

Tersentuh hati tinta bila melihat wanita dikasari dek kerana baran sang lelaki, ada juga yang sanggup membunuh dek kerana cemburu buta. Tiadakah belas kasihan tatkala si hawa yang menjadi mangsa kejam lelaki merintih, merayu dan menangis?

Wanita mencintai lelaki kerana mengharapkan kasih, sayang, cinta dan perlindungan dari lelaki. Jadi hargailah mereka kerana dengan sifat itu, semoga ikatan yang terjalin terus berkekalan.

Kawan-kawan yang ingin berkongsi pandangan, tinta alu-alukan. Sekian

2 comments:

  • November 29, 2010 at 1:24 AM

    Stuju, tugas lelaki memang melindungi wanita.Walhal dalam peperangan, Islam larang bunuh wanita, kanak-kanak dan warga emas.Jadi memang wanita ini harus dilindungi.

  • November 29, 2010 at 1:43 AM

    betul tu syafie.

    lelaki menjadi pelindung pada wanita. jadi lelaki wajib laksanakan tanggungjawabnya jika bergelar suami pada seorang wanita.

    jangan mengasari, melukai perasaan mereka dengan maki hamun tapi berlembutlah. Jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan tp biarlah dengan penuh kasih sayang even kita marah dengan kesalahan dia. bila reda follow up balik dengan memberitahu apa kesalahan die dan tegur elok2 agar tidak mengulangi kesalahan dia. apa yang penting bersabarlah melayani karenah wanita yang pelbagai.hehe

Post a Comment

 
best linux hosting