Friday, December 31, 2010

Gosip dari Seberang.

Comments

Hai semua.

Aku bukannya pandai bergosip cuma aku nak kongsikan apa yang aku baca di Kosmo hari ini.

Korang kenal bintang Sinetron dan model bernama Rahma Azahari? Kalau korang peminat sinetron Indonesia, korang mesti kenal dia ni.

Aku tak mau nak cerita pasal biografinya tapi kontroversi yang dicetus Rahma Azahari. Menurut akhbar, dia telah mengaku terpikat dengan seorang pemain bola sepak Malaysia dan pemain yang dimaksudkan adalah Mohd  Safee bin Mohd Sali.

Dalam twitternya, Rahma memberitahu ingin keluar menontong wayang bersama Safee Sali.

Bestnya menjadi terkenal ye. Orang kenal. Bukan setakat di Malaysia malah seberang laut. Secara automatik mesti ada ramai peminat tambah-tambah pula Malaysia menjuarai AFF Suzuki Cup. Lepas ni pasti sorang-demi sorang akan lekat juga gosip.

Music Personality

Comments

Satu Personality Test by Channelx yang telah diiklankan oleh Nuffnang. Ujian cukup mudah sebab anda hanya perlu menjawab beberapa soalan sahaja.

Aku dengan suka-sukinya telah mangambil test tersebut dan hasilnya aku mendapat hasilnya. My Music Personality adalah SAXY JAZZER. Huh!! Pe menda tu? Anyway aku memang meminati muzik Jazz.

Anda bagaimana?

Cubalah jika ternampak iklan ini muncul di blog kekawan jika blogwalking =)

Anda berani?

Comments

Anda berani melakukan aksi lagak ngeri?
Sebarang aksi. Kalau anda berani aku tabik korang.huhu

Di sini aku nak paparkan aksi berani mati seorang penggiat sukan ekstrim yang mencipta rekod sebagai orang pertama yang melakukan aksi terjun dari air terjun. 

Aksi gila ini aku tak tahulah sama ada kemalangan atau memang telah dirancang. Tapi namanya tentu akan menjadi lagenda pada peminat sukan kayak ni.hehe

Insan yang aku maksudkan adalah Rafa Ortiz yang terjunam dari air terjun Big Banana berketinggian 39.01 meter yang terletak di Rio Alseseca, Mexico.

Namun, beliau hanya mengalami luka-luka ringan sahaja.

Selepas ni, sesiapa nak pecahkan rekod Rafa ni, silalah ke Niagara Waterfall untuk menempah batu nisan rekod.huhu

Ref: Kosmo Online

Thursday, December 30, 2010

Buah Timun

Comments
Ref:
http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2010/06/gendang-gendut-tali-kecapi-kenyang.html

Timun...
Sapa yang tak kenal angkat keybord.hehe
Entry aku kali ini saja nak bawa anda semua berkenalan dengan timun.
Kita akan melihat secara ringkas khasiat timun yang aku senaraikan kat bawah ni.
Nak baca full entry godek lah dekat sini

Khasiat-khasiatnya:

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxantin yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan.

mengubati penyakit disenteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar

Bagi mereka yang menghidapi sakit tekak apabila diserang batuk 

menyejukkan badan

merawat gastrik dan ulser duodenal

mengatasi masalah pusingan asid urik seperti gout,reumatik,dan artritis

Biji mentimun pula kaya dengan potasium di mana cecair daripada bijinya dapat merawat masalah kekerapan membuang air kecil

mengubati kudis

    Ulang siaran, Klik sini untuk baca full post

    Dah Kaya sangat Kah?

    Comments
    ref:  http://girlofwords.wordpress.com/2008/07/01/
    Geram tak terkata dah. Bikin gua panas ja. Hah..Itu yang aku hadapi hari ini di sebuah restoran cabuk di kawasan aku tinggal. Dengan perut lapar setelah penat kerja, aku stop kejaplah dekat restoran berkenaan untuk tapau makanan. Aku punya plan nak makan nasi goreng ikan masin bertelur dadar. Tanpa banyak persoalan, aku duduk lah di tempat kosong tunggu untuk pelayan datang ambil order.

    Datanglah lelaki berjalan ala-ala kelakiannya datang ke arah aku tapi bukan menuju ke arah aku sebenarnya tapi ke meja kosong depan aku sambil lagaknya mengemas meja walhal meja tu dah memang kemas dah. Sambil menola kerusi ke bawah meja, pelayan lelaki menjeling-jeling ke arah aku dan aku pun tengoklah lelaki tersebut sambil dia berlalu pergi tanpa menemuramah aku. Aku pun menunggu dan menunggu. 5 minit berlalu tetapi tiada pelayan yang datang mahupun lelaki tersebut untuk mengambil order aku. Hati aku makin membengkak bila tengok lelaki tadi dengan selamber menghisap rokok dekat dapur tanpa memperduli akan aku yang tercongok tunggu depa mai ambik order aku. 

    Dah melampau ni, aku berkata dalam hati. Aku bangun dan terus ke kaunter pembayaran dan aku mintak pelayan yang lain panggil lelaki tadi keluar. Aku nak jumpa. Dan aku terus kata:

    Awat?
    Hang dah kaya sangat ka?
    Nak berlagak dengan pelanggan.
    Macam ni ke cara hang kerja?
    Nak tunjuk macho ka dekat aku?
    Sen hang dah bertimbun ke?
    Aku sumpah aku tak kan mai kedai hangpa dah.
    Dan aku akan habaq dekat mana-mana orang yang aku kenai untuk boikot kedai hangpa.

    Terus bos dia datang untuk tenangkan keadaan dan aku di offer makan minum percuma sebagai tanda mintak maaf. Dengan lantang aku berteriak " Ingat aku kebulur sangat nak makan dekat kedai hangpa"

    Tanpa banyak cakap lagi, aku terus blah dan order satay dekat Stall Satay Shah yang terletak tak jauh dari restoran cabuk tu.

    Wednesday, December 29, 2010

    Kenapa Perlu Menagis Lagi?

    Comments

    ref:http://dieffi.deviantart.com/art/my-way-to-nowhere-102673204
    Roda kehidupan sememangnya tidak pernah berhenti berputar dan ia akan terus berputar sehingga sampai masanya. Saban kali kita dengar orang melontarkan ungkapan ini:

    Hidup umpama roda, ada ketika di atas dan ada ketika di bawah

    Masa berlalu membawa usia hidup kita. Makin hari makin meningkat usia. Namun dalam meniti usia ini, kita akan berhadapan dengan apa yang dikatakan roda hidup. Kita mengatur langkah, berbekalkan ilmu yang kita timba ditokok keupayaan menaakul baik buruk sesuatu tindakan agar apa yang kita bakal hadapi mampu kita terjah. Menggalas seribu harapan demi mengejar satu cita-cita, moga menjadi manusia yang berguna kelak.

    Dalam perjalanan ini, kita tidak sunyi dari ditimpa pelbagai dan aneka dugaan. Kita berhadapan dengan situasi yang cukup menjerut perasaan dan ada kalanya membuatkan kita sesak nafas. Adakala kita yakin dengan usaha yang kita laburkan namun kita tidak mampu mencongak adakah usaha yang kita lakukan itu betul-betul berjaya? Begitu juga dengan impian kita, adakah menggapai impian itu semudah yang kita mimpikan?

    Dengan yakin kita mengatur langkah, jangan terlepas pandang dengan duri dihadapan. Jangan terlalu asyik kita mendongak ke langit sehingga kita terlupa pada bumi yang kita pijak. Di langit semuanya tampak indah tapi di bumi hakikatnya bermacam-macam perangkap ada. Jadilah bijak dalam membuat percaturan. Andai rebah, bangunlah semula. Biar berseka air mata, usah mengalah. Hidup perlukan langkah. Langkah membawa kita ke mana yang kita hendak. Jangan mengeluh teruskan bersabar kerana janjiNya cukup manis.

    Oleh itu, kenapa perlu menangis lagi? Jawabnya pada diri masing-masing. Kerana bagi aku, menagis meredakan sedikit kesesakan. Namun esoknya, kita perlu mengatur langkah lagi dan lagi dan lagi sehingga ajal datang menjemput.


    "Perjalanan menuju manis perlukan laluan pahit. Jika pahit, telanlah kerana manis menanti. Itulah janji untuk manusia yang sabar"

    Thursday, December 23, 2010

    Kenduri sana sini

    5 comments

    from google


    Tanggal detik 25hb Disember 2010 dan 26hb Disember 2010 akan tiba giliran rumah aku di kampung melangsungkan Walimatulurus. 25hb akan di mulakan di rumah pengantin perempuan manakala 26hb barulah di rumah aku, pengantin lelaki. Time kenduri lah yang paling aku nanti2kan sebab nak melantak punya pasal. hehe.

    Tapi bukan aku pengantin lelakinya. Adik lelaki aku yang nombor dua akan berkahwin dengan buah hatinya. Alahai, seronok tengok orang-orang kawen ni tapi aku bila lagi? (-_-')... Tak pa. Aku nak bagi adik2 aku kawen dulu. Aku sebagai abang sulung harus mengalah. Rasa macam banyak tanggungjawab pada mak abah and adik pompuan bongsu aku yang belum dilaksanakan. Biar lepas sekolah dulu adik aku yang bongsu tu, baru aku fikir nak kawen kot tambah pula abah aku yang dah tak berapa nak sihat jadi mood nak kawen belum muncul lagi.huhu.

    Aku sebagai abang seronok tengok dua orang adik laki aku dah berumah tangga. Aku doakan kalian bahagia hingga ke akhir hayat. Moga korang dapat memimpin rumahtangga korang menuju bahagia disamping menambahkan keturunan.

    Tahun 2010, ini kenduri kedua dalam famili aku. Kenduri pertama, adik laki aku yang pertama nikah. Bulan mac yang lepas. Ramai juga yang suka tanya dekat aku bila nak kawen, adik-adik dah kawen. Aku cuma mampu jawab 'ada jodoh kawenlah aku nanti'. 

    Aku tak kan peningkan kepala nak fikirkan cinta sebelum kawen. Kalau ada yang berkenan di hati, aku akan terus melamar untuk jadi suri hidup aku. Itu cara aku.

    Apa-apa pun, aku nak ucapkan selamat pengantin baru untuk adik aku, Esok aku akan drive balik kampung untuk menjadi pengiring pengantin dan menjadi penyambut tetamu terhormat sambil mengenyangkan perut aku.

    "Bersendirian bukan bererti kecewa, tapi anggaplah bersendirian itu sebagai media untuk mendidik jiwa dan raga kita sebelum berdua-duan secara sah"

    Jom gomokkan berat badan =)

    Comments
    Di sini aku saja nak bagi tips mengikut pandangan aku tentang bagaimana nak gemukkan saiz badan korang. Kenapa gemuk? Sebab aku dah bosan nak berleter pasal kuruskan berat badan. I'm not a dietitian tapi sekadar nak bagi jalan selain korang minum weight gain tu.


    Adakah aku nak ajak korang untuk tempah penyakit? Owh idak sama sekali sebab aku syorkan pada mereka-mereka yang nak sangat-sangat untuk jadi berisi.huhu. Ada yang rimas bila mendapati berat idealnya mencecah tahap kekurangan berat, namun ada yang suka. it's ok, terpulang tapi yang dok risau sebab ada yang sering diejek sebagai galah. Alahai... sampai macam tu sekali.


    Okay lah. Kat bawah ni aku senaraikan beberapa langkah merapu untuk gemukkan diri anda. layan ja.hehe



    Yang popular sekali tentulah makan sebanyak yang mungkin. Makanlah seolah-olah anda mempunyai empat tong perut.hehe

    Lepas makanterus berbaring. Jangan dok ikut pantang larang yang dok melarang kita tido pas makan. Orang tua cakap macam lombu.hehe. tak pun spesis ular kapak kekenyangan
    Jangan senaman. Sebab apa tak boleh senaman? Kerana senaman boleh membakarkan kalori anda. Kalori penting dalam menggemukkan berat badan. Jadi sayangilah kalori anda tu.hehe

    Jangan contohi Chris Voigt yang popular dengan diet kentang untuk kuruskan berat badan tapi contohilah anak Malaysia (Balaji)  ini yang mengamalkan diet 88 keping roti setiap hari.

    Lebihkan gula dalam minuman kerana gula membekalkan kalori yang tinggi untuk tubuh badan. Ingat! jangan senaman tau.hehe

    Amalkan minum air selepas setiap suap bila makan nasi. errr.. yang ni boleh membuncit perut kan? Ada kena mengena tak untuk naikkan berat badan?huhu

    Rajinlah berkunjung ke KFC, McD, Pizza Hut, Kenny's Roger and etc untuk makan tengahari atau dinner setiap hari. Yang ni tentu berkesan tapi kos mungkin tinggi kot.

      Semua ni adalah tips mengikut pandangan mata hati jiwa aku. Andai berkesan pada korang aku ucapkan tahniah lah. Selamat mencuba tempah penyakit.

      from google

      Wednesday, December 22, 2010

      "Listen To Your Heart"

      Comments


      "Listen To Your Heart"

      I know there's something in the wake of your smile.
      I get a notion from the look in your eyes, yea.
      You've built a love but that love falls apart.
      Your little piece of heaven turns too dark.

      Listen to your heart
      when he's calling for you.
      Listen to your heart
      there's nothing else you can do.
      I don't know where you're going
      and I don't know why,
      but listen to your heart
      before you tell him goodbye.

      Sometimes you wonder if this fight is worthwhile.
      The precious moments are all lost in the tide, yea.
      They're swept away and nothing is what it seems,
      the feeling of belonging to your dreams.

      And there are voices
      that want to be heard.
      So much to mention
      but you can't find the words.
      The scent of magic,
      the beauty that's been
      when love was wilder than the wind. 






      from google

      10 peringatan bumi

      Comments




      Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

      Berkata Anas Bin Malik r. a;

      Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.


      1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

      2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

      3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

      4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

      5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

      6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

      7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

      8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

      9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

      10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.




      ihsan dari Fauzynm

      Tuesday, December 21, 2010

      Segmen Jom Berkenalan

      5 comments




      Assalamualaikum

      Sebelum aku nak corat-coret lebih lanjut, aku terlebih dahulu nak ucapkan jutaan terima kasih pada Dak DEBAB kerana sudi tagging aku untuk segmen ni. Segmen ni hanya sekadar suka-suki dan bukan sebuah kontes tapi lebih kepada segmen perkenalan di antara para blogger yang wujud di alam maya ni.

      Dalam segmen ni, ada beberapa soalan yang perlu dijawab. Apa-apa pun, jom layannn..huh

      Apakah status anda?

      Erm.. buat masa sekarang masih single.

      Ceritakan tentang diri Anda.

      -Saya adalah lelaki
      -Nuraz ( gabungan antara nama ex-tunang dan aku lah)
      -Saya dilahirkan di  Kedah
      -Sekarang berkerja juga di Kedah.
      -Saya seorang yang pendiam tapi suka dengar orang bercerita. Tak reti nak marah dan kalau rasa nak marah, diam seribu bahasalah.
      -Saya tak suka orang yang cakap besar dan sembang high. 
      -Dah lah kot aku cerita pasal diri aku ni =)

      Ceritakan tentang blog anda

      Blog ni tak da yang spesel pun. Just nak isi masa lapang dan bosan-bosan. Tak da kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal nooo.

      Apa pandangan anda tentang dunia blog?

      Pada hemat sayalah, dunia blog ni menyeronokkan ( ye kot?). Boleh buat duit ( tu pun kalau rajin blogwalking).

      Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog.

      Kena rajin update lah. Paling lekeh pun seminggu sekali. Janji bernyawalah blog anda tu dengan entry terkini.

      Nyatakan keunikkan yang terdapat pada blog anda.

      Erkkk.. Tak tahu nak cerita. Nilailah ikut pandangan mata kasar masing-masing yaa.

      Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog.

      Sampai bila-bilalah. Dan impian aku hanya satu ja yakni harap jari jemari aku tak malas nak menaip dan terus menaip.

      Tag 4 Orang rakan blogger

      Sekian


      Monday, December 20, 2010

      Proton Tuah- Kereta konsep untuk pasaran 2011?

      Comments
      gambar dari :ezzygetacar.com
      Proton telah melahirhan generasi konsep yang dikatakan evolution dari proton pesona yang sedia ada dipasaran sekarang. Model konsep yang dikenali sebagai Tuah telah diperkatakan akan memasuki pasaran automobil negara pada tahun 2011. Reka bentuk yang boleh dikatakan dinamik dan memenuhi selera golongan muda, ditambah pula menggunakan nadi penggerak dari enjin Campro namun telah ditambah dengan ciri baru iaitu Turbo.

      Setakat ini tiada lagi spisifikasi rasmi mengenai kereta ni tapi sama-sama kita nantikan.

       Sama-sama kita nantikan model gantian pesona tahun depan ya. kalau rasa berkenan nanti bookinglah sebiji dua.hehe. Tengoklah gambar yang aku godek dari google..

      Gambar dari:news.motorstop.asia

      p/s: Bahagian depan macam Kia Forte kan. Lampu belakang plak ala-ala mazda rx-7 tapi pada mata jiwa hati aku mengatakan kereta ini memang smart andai keluarannya sama seperti dalam gambar =)

      From Fiqah Alias...

      Comments
      Terima kasih tak terhingga buat sahabat bernama Fiqah ( empunya blog http://fiqasaila.blogspot.com) sebab sudi-sudi jugak beliau nak bagi award yang kreatif sangat2 buat aku aka follower beliau. Nak dapat award ni? sudi-sudilah jadi follower blog beliau.


      Inilah award dari beliau. Kreatifkan??

      Assalamualaikum

      2 comments
      from google
      Dekat seminggu aku tidak update blog. Memandangkan mood aku yang tak seberapa ok menghadapi dugaan mendatang. Namun aku redha dengan segala ujian yang menimpa. Sekurang-kurangnya akan menyedarkan kita agar tidak terus dalam kelalaian. Perpisahan antara aku dan tunang aku akhirnya terjadi juga selepas tiada kata sepakat untuk terus mengharmonikan perhubungan diambil. Atas permintaan beliau, dengan rela hati aku melepaskan beliau pergi. Kecewa tu memanglah terasa tapi apakan daya. Tak kan aku nak bunuh diri?hehe.. tidak akan aku buat kerja terkutuk tu.Terimalah hakikat ye memang tiada jodoh.

      Sekarang semuanya dah ok, jadi aku bolehlah kembali update blog dan meneruskan dunia ku untuk berblogging. Tentu aku terlepas banyak perkembangan dari rakan-rakan blog. Aku mintak maaf banyak-banyak yee...hehe..Teruskan bergumbira ya..

      Have a nice day to all my freind..hehehe

      Saturday, December 11, 2010

      'Dikurung' dalam blok ais 24 jam

      2 comments
      gambar dari Kosmo

      Bayangkanlah kita nak mandi pagi-pagi pun sejuk menggigil satu badan, ditambah pula badan disimbah dengan air ais dari botol.hehehe..
      Disini aku nak paparkan cerita dari Spittal, Austria, di mana seorang lelaki bergelar magician mencipta rekod dunia dengan dikurung dalam blok ais selama 24 jam.huhu..mau biru badan kalau lelama macam ni. tapi mamat ni selamber jeee..

      klik sini untuk baca selanjutnya

      KL International Motorshow-KLIMS 2010

      1 comments
      Gambar dari Kosmo
      Acara pemotoran terbesar di Malaysia, Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS 2010) akan melabuhkan tirainya. Kali terakhir dianjurkan lima tahun lalu, ia boleh dikatakan sebagai destinasi wajib pergi bagi semua peminat kereta.


      Di KLIMS, para pengunjung dihidangkan dengan pelbagai jenama kereta di bawah satu bumbung. Antaranya termasuklah model yang sudah berada di pasaran, bakal menjengah bilik-bilik pameran tidak lama lagi mahupun model-model konsep berteknologi tinggi dan reka bentuk futuristik


      Klik sini untuk baca selanjutnya.
      Gambar dari Kosmo
      Kepada peminat-peminat kereta silalah berkejar ke sana bagi input terkini mengenai dunia permotoran moden dan futuristik. Sekarang pula tengah top kereta dengan versi hibrid. Honda adalah antara pengeluar kereta versi hybrid ( Civic dan Insight). Jentera Hyrid dikatakan mesra alam dan kurang penggunaan minyak memandangkan dunia sekarang dihimpit dengan harga minyak yang membebankan. Ada ura-ura dok kata, kereta hybrid harganya jauh lebih murah daripada kereta konvensional. Kalau dah rasa cukup berkenan, belilah sebiji versi hybrid.sekian =)

      Friday, December 10, 2010

      Wahai kucing encik simon. kau lah pengubat duka tika lara- The Box

      2 comments
      Hari ini, baru sekarang aku dapat online. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba kawasan aku tiada liputan 3G? asyik naik EDGE ja. Nak mesej pun sangkut-sangkut. Rugilah dah lah berukband sialkom tak da ganti rugi.


      Ternyata hari ni hari yang kacau bilau bagi aku.Kereta pulak meragam..alahai..kenapa lah ko meragam time aku nak gi bayar duit kereta bulan lepas yang aku terlupa nak bayar..adoii

      Terpaksa lah aku buat muka kesian dekat adik aku pinjam motor dia sementara kereta aku dirawat di wad kecemasan.


      Episod perperangan dingin aku dengan tunang tercetus tapi tak lama lastly aku mengalah dan mintak maaf(dapat penumbuk free ikhlas dari tunang aku dekat bahu-tumbuk manja2). Aku sedar aku tak patut berkasar dengan beliau.

      Terasa senak kepala otak aku ni, layan kucing encik simon meragam jap...alahaiiii...

      video youtube punya daaa


      p/s: entry ni merapu hanya sekadar luahan rasa dari aku, kalau bosan jangan dok baca dan abaikan. tengok kartun cukup.

      Thursday, December 9, 2010

      Simon's Cat-Cat Man Do

      5 comments
      Assalamualaikum..Di harapkan frenz blogger sihat ya. Mood hari agak best sebab esok dan lusa adalah hari cuti.  Plan cuti tak tahu tapi pakal bedal je apa yang terlintas di hati dan cuma yang utama adalah nak setle ansuran kereta bulan November yang aku betul-betul terlupa nak bayar..hadoiii..harap-harap tak banyak bunga nya..isk22.. 

      Jom layan encik kucen si simon beraksi..hehe..

      Video milik youtube

      Tuesday, December 7, 2010

      Simon's Cat-Snow Business

      1 comments
      Cuti-cuti begini bosan la pulak ditambah dengan hujan lebat cenggini pepagi...tido memang best tapi tak rasa nak tido..huhu..layan kartun kucen kejap..hehe
      video milik youtube

      Monday, December 6, 2010

      Simon's Cat-Let Me In

      Comments
      Godek-godek youtube terjumpa lak video kartun pasal kucing peliharaan Simon. Bila mula menonton terasa kelakar juga dengan perangai si kucing yang lagak manja, cerdik dan nakal ni. Tanpa buang masa aku terus download dari youtube untuk dijadikan koleksi...hehe..jom layan =)

      video milik youtube

      TRON LEGACY-trailer

      Comments

      Klik di sini untuk ke official site of tron legacy

      Aku amat meminati filem 3D dan sekarang Walt Disney telah menarik perhatian aku dengan produksi terbarunya yang bakal ditayangkan pertengahan bulan Disember 2010. Filem yang aku maksudkan adalah Tron Legacy (diadaptasikan dari Tron terbitan 1982). Setelah menonton trailer HD dari youtube memang gempak dan grafik 3D nya betul2 memukau perhatian aku. Dibawah adalah trailer dari youtube yang aku tempekkan dekat sini untuk berkongsi dengan anda semua.

      Selamat menyambut ma'al Hijrah

      Comments

      Ditujukan khas untuk semua rakan-rakan blogger sekalian, Mudah-mudahan dilimpahkan rahmat dari Allah di setiap detik, saat, waktu, ketika dan di mana jua kita berada. InsyaAllah

      Animator vs animation

      Comments
      video from youtube

      Godek-godek dalam youtube, terjumpalah alkisah perperangan yang tercetus dalam sebuah komputer di satu masa dan ketika. Cukup sengit dan mengujakan dengan pelbagai aksi. Jom layanzzzzz....huhuhu..

      Sunday, December 5, 2010

      Iklan Everyone Connect 2009- iklan terbaik bagi aku.

      2 comments
      Inilah satu-satunya iklan yang aku minat setelah setahun berlalu. Iklan dari TM berjudul everyone connect betul2 menambat hati aku untuk aku download sebagai koleksi video aku. Aku suka dengan mesej yang hendak disampaikan, lelaki dan perempuan kertas yang comel menjadi watak utama dalam iklan ini. Berlatarkan muzik dari group indie tanahair terkenal iaitu Bunkface yang bertajuk Through my window. Walaupun setahun telah berlalu, mungkin sudah dianggap lapuk oleh sesetengah orang namun iklan ini tetap yang paling aku minat.

      Saturday, December 4, 2010

      Perkahwinan-Antara adat dan tuntutan agama.

      Comments
      sumber gambar: maskawin


      Aku tak pandai untuk berbicara bab-bab agama untuk mengulas sesuatu isu tapi aku tetap nak membebel. Bab yang aku nak bebelkan adakah perkahwinan zaman sekarang.

      Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, pengaruh Hindu cukup meluas dikalangan penduduknya. Setelah Islam masuk melalui saudagar-saudagar Arab suatu ketika dahulu, pengaruh Hindu kian berkurangan namun hari ini masih ada yang mempraktikkan sepeninggalan nenek moyang kita yang kini dikenali sebagai adat terutamanya dalam perkahwinan.

      Hukum melangsungkan walimatulurus ini sebenarnya sunat muakad dalam Islam yang bertujuan untuk mewar-warkan pernikahan antara pengantin lelaki dan perempuan dan juga mengelakkan fitnah. Jemputan dilakukan dengan kelaziman kita iaitu mengedarkan kad kenduri dan hukum menerima jemputan itu adalah wajib. Jemputan pula mengikut keutamaan bermula dari saudara-mara terdekat, jiran tetangga, sahabat dan rakan taulan kedua belah pihak.

      Islam menitik beratkan kesederhanaan dalam melangsungkan perkahwinan kerana tujuan utama perkahwinan adalah untuk hebahan semata-mata. Sekecil-kecil kenduri adalah kenduri kesyukuran dan itu sudah memadai. Majlis perkahwinan pula bukan pentas untuk menunjukkan kekayaan dan jika berlaku juga tentulah menjadi riya' , jangan pula berlaku percampuran bebas antara lelaki dan perempuan dan jangan berlaku maksiat yakni pengantin perempuan dan tetamu perempuan memakai pakaian yang menjolok mata serta mendedahkan aurat.

      Jika berkahwin tentu tidak lepas dari adat bersanding. Memang telah diketahui amalan bersanding berkait rapat dengan kebudayaan Hindu dan animisme yang bertapak dalam kehidupan melayu turun temurun. Untuk mengadakan pelamin yang mahal walaupun berkemampuan adalah tidak dituntut dalam Islam. Namun ada juga yang memberi alasan untuk dijadikan kenangan pada masa hadapan tetapi hujah ni tidak boleh diterima kerana didorongi nafsu dan membelakangi saranan Rasulullah.

      Jika hendak diadakan pelamin juga, perlulah mengikut adab-adabnya seperti kesederhanaan, berhias seadanya, menutup aurat dan tidak berlaku percampuran bebas antara lelaki dan wanita. Jika semua ini dituruti maka hukumnya HARUS.

      Adat bertepung tawar dan menabur beras kunyit juga adat yang masih dipraktikan oleh segolongan umat Islam hingga hari ini atas dasar adat turun temurun. Ia difahamkan untuk menaikkan semangat pengantin dan jika ada mencampur adukkan jampi mentera maka HARAM pulak hukumnya. Sebab itu dalam Islam dianjurkan  kenduri doa selamat bertujuan meminta perlindungan dari Allah dari sebarang kecelakaan.

      Kesimpulan yana dapat aku katakan, kesederhanaan amat dituntut dalam Islam. Bagi yang masih kuat dengan adat, masalah perbelanjaan mahal akan dihadapi oleh pihak lelaki dan berhutang untuk majlis perkahwinan adalah amat tidak digalakkan. Buat kenduri atas dasar kemampuan bukan kehendak nafsu sehingga mengundang riya'. Jika guna alasan barang keperluan mahal memang tidak dapat diterima sama sekali jika banyak perbelanjaan dirancang dihabiskan untuk persandingan, tempahan hotel dan perhiasan serta solekkan. Jika menggunakan khidmat katering mungkin ada yang mencecah RM10000. Kalau dekat kampung (PAKAT/gotong royong) RM3000-RM4000 sudah muncukupi(tempat akulah). Namun pihak bakal mertua aku pula merancang untuk majlis kesyukuran sahaja kerana bagi mereka yang penting adalah akad nikah dan mas kahwin(yang wajib). Pesan mereka pada aku, 'yang penting redha Allah'.

      p/s: jika ada teguran dan pembetulan dalam artikel ni amatlah dialu-alukan.

      Award dari kiz- pengomen terhebat :)

      4 comments
      Dalam perahu ada keranji,
      Hari ini aku di-tag lagi.

      Berpantun pulak..hehe..

      Hari ini encik KIZ telah memberi aku award pengomen terhebat (waaa..gah ja rasa). Di sini aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab bagi aku award ni..hehe. Tak pe lepas ni aku komen banyak-banyak dekat blog dia lagi.hehe.


      Sebabnya aku suka komen dekat blog beliau adalah:

      • beliau sporting dan mesra alam
      • beliau baik hati..hehe
      • entri beliau simple dan padat
      • sebab aku rasa nak komen lah.haha

      Sekian dari aku dah terima kasih pada kiz sebab bagi aku award ni..hehe

      Friday, December 3, 2010

      1001 satu kegunaan Coca-cola

      2 comments


      Godek-godek dalam internet, aku mencari fakta tentang minuman coke yang kita dok minum itu. Rupa-rupanya selain dijadikan minuman, minuman ini adalah pelbagai guna.

      Percaya tak kalau aku cakap coke dijadikan pencuci tandas?
      Di US, polis menggunakan coke untuk mencuci darah di jalan raya jika berlaku kemalangan.
      Juga digunakan untuk menanggalkan kesan karat pada barangan chrome.
      Dan juga macam-macam lagi.

      Kalau nak tahu lebih lanjut lagi serba-serbi tentang coke, klik di sini ya.

      Setelah fikir dan memikir coke memang baik dari pelbagai gunanya tapi jika menjadi penggemar tegar minuman coke ini boleh memburukkan kesihatan anda. Setelah selesai membaca semua fakta tersebut, fikir-fikirkanlah. Sekian

      *picture from google

      Thursday, December 2, 2010

      Turun 10kg makan ubi kentang?

      7 comments
      Dari Kosmo:CHRIS VOIGT duduk dekat beberapa ubi kentang.

      Hanya mengamalkan pengambilan diet 'ubi kentang' selama 60 hari, Chris Voigt dari Amerika Syarikat berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg.

      Tak Percaya? Percayalah kerana ia fakta bukan auta dan ia telah berlaku. Kepada sesiapa yang betul-betul nak turunkan berat badan, silalah mencuba diet istimewa ini..hehe

      Godek sini untuk baca selanjutnya.

      Rujukan:
      Kosmo Online

      Jadi bilioanir jual laman web

      Comments
      dari KOSMO : laman web Groupon milik Andrew Mason


      Wahh..dengan hanya menjualkan laman web, mereka terus menjadi bilionair. Macam tak percaya ja bila membaca keratan berita ini di Kosmo. Tapi itulah yang berlaku apabila gergasi enjin carian internet, Google membeli laman web Groupon dari pemiliknya, Andrew Mason pada harga yang ditawarkan iaitu RM20.2 bilion.

      Memang senang-lenang mereka mendapat kekayaan sekelip mata macamtu. Kalau diguna untuk makan memang tak habis sampai pencen. Itulah rezeki kepada mereka yang komited membangunkan laman web sehingga berjaya memikat gergasi Google dan Yahoo.

      Okey lah. teruskan pembacaan di Kosmo online. sekian

      Wednesday, December 1, 2010

      cuti-cuti Sekolah GA

      5 comments
      Menarinya jari-jemari saya atas keyboard (boooo)..hehe.. Sebelum tu aku nak ucapkan banyak-banyaklah terima kasih pada beliau ni bernama Nur kerana sudi gak beliau mengetag aku..huhu..

      Kontes ni macam menarik, tertarik kau memang daboom untuk dijoin oleh sesiapa yang perasan dirinya adalah warganegara Malaysia.hehe..



      Kontes ini juga telah direkacipta oleh dua orang puteri gunung ledang iaitu:

      AANIE dan

      LADY_DYLA (rakan kongsi merangkap penaja utama kontes)

      Untuk keterangan lanjut sila klik di sini ya. 

      Nama-nama yang ditag di bawah sila ambil perhatian..hehe:
      1. KIZ
      2. ATIKAH AULA
      dateline : 31 Disember 2010

      Buah delima- umpama permata yang boleh dimakan

      4 comments


      Secara kasarnya, aku memandang buah ini biasa-biasa sahaja. Berbentuk seakan bulat, ada yang merah, ada yang putih-kuning dan berkulit licin berkilat. Tetapi bila di belah buah delima ini, aku terpesona dengan biji-bijinya yang berkilat, jernih dan kaya dengan jus. Dalam hidup aku hanya baru 5 kali ja makan buah ni termasuk hari ini. Aku tergerak untuk google fakta mengenai buah delima.

      Akhirnya aku menjumpai site ini http://fazlisyam.com/2008/02/10/rahsia-buah-delima/

      Aku tertarik dengan khasiat buah ni. Di sini aku ingin berkongsi cara memanfaatkan delima (copy dari site di atas)


      Cara memanfaatkan Delima
      • Keputihan - 30g kulit delima kering, direbus dengan satu liter air. Masakkan sehingga airnya tinggal separuh. Minum ramuan ini dua kali sehari
      • Gangguan pencernaan - 50g daun delima segar dimasak dengan air. Minum sewaktu suam.
      • Perut Kembung - Lima helai daun delima kering direndam satu gelas air panas. Minum setelah agak sejuk, minum tiga kali sehari.
      • Menurunkan berat badan - Dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

      Lepas ni, aku kena tambahkan buah ni dalam my fav fruit list aku dalam diary..hehe..sekian

      Gunung everest bukan gunung tertinggi di dunia.

      Comments
      from google: Mt Everest

      Percayakah jika dikatakan gunung Everest yang berketinggian 8,848 meter bukan gunung yang tertinggi di dunia jika diukur dari dasar hingga ke puncak?



      Sebenarnya jika diukur dari dasar kaki gunung hingga ke puncaknya, gunung Everest akan ditewaskan oleh gunung Mauna Kea berketinggian 4,205 meter yang terletak di kepulauan Hawaii. Pelikkan? dengan ketinggian Mauna Kea itu mana boleh menewaskan ketinggian gunung Everest.



      from google: Mt Mauna Kea, Hawaii

      Sebenarnya ketinggian 4,205 meter hanya diukur dari permukaan laut ke puncak bukan diukur dari dasar kaki gunung ke puncak. Ketinggian gunung Mauna Kea ini jika diukur dari dasar kaki gunung hingga puncak mencapai ketinggian 10 000 meter. Tetapi kaki gunung ini bermula di dasar laut. Gunung Mauna Kea gunung yang semakin menurun dan menjadi rata  ke dalam laut disebabkan beban gunung ini yang tersangat besar dengan purata penurunan sebanyak 0.2 milimeter per tahun.
       
      best linux hosting