Wednesday, December 1, 2010

Buah delima- umpama permata yang boleh dimakan

4 comments


Secara kasarnya, aku memandang buah ini biasa-biasa sahaja. Berbentuk seakan bulat, ada yang merah, ada yang putih-kuning dan berkulit licin berkilat. Tetapi bila di belah buah delima ini, aku terpesona dengan biji-bijinya yang berkilat, jernih dan kaya dengan jus. Dalam hidup aku hanya baru 5 kali ja makan buah ni termasuk hari ini. Aku tergerak untuk google fakta mengenai buah delima.

Akhirnya aku menjumpai site ini http://fazlisyam.com/2008/02/10/rahsia-buah-delima/

Aku tertarik dengan khasiat buah ni. Di sini aku ingin berkongsi cara memanfaatkan delima (copy dari site di atas)


Cara memanfaatkan Delima
  • Keputihan - 30g kulit delima kering, direbus dengan satu liter air. Masakkan sehingga airnya tinggal separuh. Minum ramuan ini dua kali sehari
  • Gangguan pencernaan - 50g daun delima segar dimasak dengan air. Minum sewaktu suam.
  • Perut Kembung - Lima helai daun delima kering direndam satu gelas air panas. Minum setelah agak sejuk, minum tiga kali sehari.
  • Menurunkan berat badan - Dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

Lepas ni, aku kena tambahkan buah ni dalam my fav fruit list aku dalam diary..hehe..sekian

4 comments:

Post a Comment

 
best linux hosting