Thursday, December 30, 2010

Dah Kaya sangat Kah?

Comments
ref:  http://girlofwords.wordpress.com/2008/07/01/
Geram tak terkata dah. Bikin gua panas ja. Hah..Itu yang aku hadapi hari ini di sebuah restoran cabuk di kawasan aku tinggal. Dengan perut lapar setelah penat kerja, aku stop kejaplah dekat restoran berkenaan untuk tapau makanan. Aku punya plan nak makan nasi goreng ikan masin bertelur dadar. Tanpa banyak persoalan, aku duduk lah di tempat kosong tunggu untuk pelayan datang ambil order.

Datanglah lelaki berjalan ala-ala kelakiannya datang ke arah aku tapi bukan menuju ke arah aku sebenarnya tapi ke meja kosong depan aku sambil lagaknya mengemas meja walhal meja tu dah memang kemas dah. Sambil menola kerusi ke bawah meja, pelayan lelaki menjeling-jeling ke arah aku dan aku pun tengoklah lelaki tersebut sambil dia berlalu pergi tanpa menemuramah aku. Aku pun menunggu dan menunggu. 5 minit berlalu tetapi tiada pelayan yang datang mahupun lelaki tersebut untuk mengambil order aku. Hati aku makin membengkak bila tengok lelaki tadi dengan selamber menghisap rokok dekat dapur tanpa memperduli akan aku yang tercongok tunggu depa mai ambik order aku. 

Dah melampau ni, aku berkata dalam hati. Aku bangun dan terus ke kaunter pembayaran dan aku mintak pelayan yang lain panggil lelaki tadi keluar. Aku nak jumpa. Dan aku terus kata:

Awat?
Hang dah kaya sangat ka?
Nak berlagak dengan pelanggan.
Macam ni ke cara hang kerja?
Nak tunjuk macho ka dekat aku?
Sen hang dah bertimbun ke?
Aku sumpah aku tak kan mai kedai hangpa dah.
Dan aku akan habaq dekat mana-mana orang yang aku kenai untuk boikot kedai hangpa.

Terus bos dia datang untuk tenangkan keadaan dan aku di offer makan minum percuma sebagai tanda mintak maaf. Dengan lantang aku berteriak " Ingat aku kebulur sangat nak makan dekat kedai hangpa"

Tanpa banyak cakap lagi, aku terus blah dan order satay dekat Stall Satay Shah yang terletak tak jauh dari restoran cabuk tu.
 
best linux hosting