Thursday, December 23, 2010

Jom gomokkan berat badan =)

Comments
Di sini aku saja nak bagi tips mengikut pandangan aku tentang bagaimana nak gemukkan saiz badan korang. Kenapa gemuk? Sebab aku dah bosan nak berleter pasal kuruskan berat badan. I'm not a dietitian tapi sekadar nak bagi jalan selain korang minum weight gain tu.


Adakah aku nak ajak korang untuk tempah penyakit? Owh idak sama sekali sebab aku syorkan pada mereka-mereka yang nak sangat-sangat untuk jadi berisi.huhu. Ada yang rimas bila mendapati berat idealnya mencecah tahap kekurangan berat, namun ada yang suka. it's ok, terpulang tapi yang dok risau sebab ada yang sering diejek sebagai galah. Alahai... sampai macam tu sekali.


Okay lah. Kat bawah ni aku senaraikan beberapa langkah merapu untuk gemukkan diri anda. layan ja.hehe



Yang popular sekali tentulah makan sebanyak yang mungkin. Makanlah seolah-olah anda mempunyai empat tong perut.hehe

Lepas makanterus berbaring. Jangan dok ikut pantang larang yang dok melarang kita tido pas makan. Orang tua cakap macam lombu.hehe. tak pun spesis ular kapak kekenyangan
Jangan senaman. Sebab apa tak boleh senaman? Kerana senaman boleh membakarkan kalori anda. Kalori penting dalam menggemukkan berat badan. Jadi sayangilah kalori anda tu.hehe

Jangan contohi Chris Voigt yang popular dengan diet kentang untuk kuruskan berat badan tapi contohilah anak Malaysia (Balaji)  ini yang mengamalkan diet 88 keping roti setiap hari.

Lebihkan gula dalam minuman kerana gula membekalkan kalori yang tinggi untuk tubuh badan. Ingat! jangan senaman tau.hehe

Amalkan minum air selepas setiap suap bila makan nasi. errr.. yang ni boleh membuncit perut kan? Ada kena mengena tak untuk naikkan berat badan?huhu

Rajinlah berkunjung ke KFC, McD, Pizza Hut, Kenny's Roger and etc untuk makan tengahari atau dinner setiap hari. Yang ni tentu berkesan tapi kos mungkin tinggi kot.

    Semua ni adalah tips mengikut pandangan mata hati jiwa aku. Andai berkesan pada korang aku ucapkan tahniah lah. Selamat mencuba tempah penyakit.

    from google

     
    best linux hosting