Thursday, December 23, 2010

Kenduri sana sini

5 comments

from google


Tanggal detik 25hb Disember 2010 dan 26hb Disember 2010 akan tiba giliran rumah aku di kampung melangsungkan Walimatulurus. 25hb akan di mulakan di rumah pengantin perempuan manakala 26hb barulah di rumah aku, pengantin lelaki. Time kenduri lah yang paling aku nanti2kan sebab nak melantak punya pasal. hehe.

Tapi bukan aku pengantin lelakinya. Adik lelaki aku yang nombor dua akan berkahwin dengan buah hatinya. Alahai, seronok tengok orang-orang kawen ni tapi aku bila lagi? (-_-')... Tak pa. Aku nak bagi adik2 aku kawen dulu. Aku sebagai abang sulung harus mengalah. Rasa macam banyak tanggungjawab pada mak abah and adik pompuan bongsu aku yang belum dilaksanakan. Biar lepas sekolah dulu adik aku yang bongsu tu, baru aku fikir nak kawen kot tambah pula abah aku yang dah tak berapa nak sihat jadi mood nak kawen belum muncul lagi.huhu.

Aku sebagai abang seronok tengok dua orang adik laki aku dah berumah tangga. Aku doakan kalian bahagia hingga ke akhir hayat. Moga korang dapat memimpin rumahtangga korang menuju bahagia disamping menambahkan keturunan.

Tahun 2010, ini kenduri kedua dalam famili aku. Kenduri pertama, adik laki aku yang pertama nikah. Bulan mac yang lepas. Ramai juga yang suka tanya dekat aku bila nak kawen, adik-adik dah kawen. Aku cuma mampu jawab 'ada jodoh kawenlah aku nanti'. 

Aku tak kan peningkan kepala nak fikirkan cinta sebelum kawen. Kalau ada yang berkenan di hati, aku akan terus melamar untuk jadi suri hidup aku. Itu cara aku.

Apa-apa pun, aku nak ucapkan selamat pengantin baru untuk adik aku, Esok aku akan drive balik kampung untuk menjadi pengiring pengantin dan menjadi penyambut tetamu terhormat sambil mengenyangkan perut aku.

"Bersendirian bukan bererti kecewa, tapi anggaplah bersendirian itu sebagai media untuk mendidik jiwa dan raga kita sebelum berdua-duan secara sah"

5 comments:

Post a Comment

 
best linux hosting