Tuesday, December 21, 2010

Segmen Jom Berkenalan

5 comments




Assalamualaikum

Sebelum aku nak corat-coret lebih lanjut, aku terlebih dahulu nak ucapkan jutaan terima kasih pada Dak DEBAB kerana sudi tagging aku untuk segmen ni. Segmen ni hanya sekadar suka-suki dan bukan sebuah kontes tapi lebih kepada segmen perkenalan di antara para blogger yang wujud di alam maya ni.

Dalam segmen ni, ada beberapa soalan yang perlu dijawab. Apa-apa pun, jom layannn..huh

Apakah status anda?

Erm.. buat masa sekarang masih single.

Ceritakan tentang diri Anda.

-Saya adalah lelaki
-Nuraz ( gabungan antara nama ex-tunang dan aku lah)
-Saya dilahirkan di  Kedah
-Sekarang berkerja juga di Kedah.
-Saya seorang yang pendiam tapi suka dengar orang bercerita. Tak reti nak marah dan kalau rasa nak marah, diam seribu bahasalah.
-Saya tak suka orang yang cakap besar dan sembang high. 
-Dah lah kot aku cerita pasal diri aku ni =)

Ceritakan tentang blog anda

Blog ni tak da yang spesel pun. Just nak isi masa lapang dan bosan-bosan. Tak da kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal nooo.

Apa pandangan anda tentang dunia blog?

Pada hemat sayalah, dunia blog ni menyeronokkan ( ye kot?). Boleh buat duit ( tu pun kalau rajin blogwalking).

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog.

Kena rajin update lah. Paling lekeh pun seminggu sekali. Janji bernyawalah blog anda tu dengan entry terkini.

Nyatakan keunikkan yang terdapat pada blog anda.

Erkkk.. Tak tahu nak cerita. Nilailah ikut pandangan mata kasar masing-masing yaa.

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog.

Sampai bila-bilalah. Dan impian aku hanya satu ja yakni harap jari jemari aku tak malas nak menaip dan terus menaip.

Tag 4 Orang rakan blogger

Sekian


5 comments:

Post a Comment

 
best linux hosting