Monday, January 31, 2011

Banjir - Antara Politik dan Kewajipan

Comments
Sumber gambar : deetee.wordpress.com
Selepas wilayah utara dilanda banjir, kini bahagian selatan semenanjung Malaysia pula mengalami nasib yang sama. Penulis ingin mendoakan keatas kesejahteraan dan keselamatan mangsa-mangsa banjir. Semoga tabah dengan dugaan ini.

Apa yang penulis ingin kisarkan di blog ini adalah tanggungjawab tanpa mengira fahaman dan ideologi politik. Berpakatlah dalam menghulurkan bantuan dan kebajikkan kepada mangsa banjir dan jangan jadikan mangsa banjir tersepit akibat permainan politik. Dari sini rakyat akan menilai kesungguhan kita dalam berbakti tanpa ada rasa jemu dan lakukan dengan ikhlas demi membantu sesama manusia.

Jangan biarkan apa yang berlaku di Kedah sebelum ini berulang di selatan tanah air. Bencana banjir dipolitikkan walhal ia memang tidak wajar berlaku. Tunjukkanlah kematangan dan utamakan rakyat yang menjadi mangsa bukan faham politik.

Entri kali ini agak pendek sebab penulis hanya nak meluahkan apa yang penulis kesal dan berharap tidak berlaku lagi dalam membantu mangsa banjir kali ini. Tak salah berpakat yang penting kebajikkan mangsa banjir terjamin. Sama-sama kita doakan agar kesemua mangsa banjir di kawasan yang terlibat sentiasa selamat dan sihat sejahtera.
 
best linux hosting