Sunday, January 2, 2011

Back to school

4 comments
Hello all peeps..

Masuk tahun baru 2011, alam persekolahan bakal bermula esok serentak seluruh Malaysia. Sesi persekolahan Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu ditunda kepada hari Isnin kerana Cuti Peristiwa sempena kemenangan skuad Harimau Malaya ketika Final AFF Suzuki Cup.

Bila bermula sesi baru persekolahan, benda wajib ada tentulah :

+Baju baru
+Kasut baru
+Beg baru
+Stokin baru
+Semuanya serba baru

Bagi adik-adik yang baru nak menjejakkan kaki ke dunia persekolahan, tentu mencetuskan berbagai telatah dan yang paling lazim tentulah episod sedih di mana acara menangis  bakal berlaku. Berita arus perdana akan menyiarkan episod-episod ini. Sama-sama kita tengok.

Sesi baru persekolahan terutamanya pada murid-murid/pelajar-pelajar yang akan menempuh tahun peperiksaan besar, tanamlah azam baru untuk belajar bersungguh-sungguh dan bercita-cita untuk berjaya dalam peperiksaan.

Satu lagi nak pesan, jangan nakal-nakal dekat sekolah, jangan timbulkan masalah. Nanti kena rotan huhuhu

Semoga sesi persekolahan baru berjalan lancar dan melahirkan lagi pelajar-pelajar cemerlang. InsyaAllah


4 comments:

Post a Comment

 
best linux hosting