Wednesday, January 19, 2011

Jangan, jangan dan jangan

Comments
Beberapa hari tidak mengemaskini blog akibat kesibukkan yang memenatkan dan hari ini saya berpeluang untuk kemaskini blog. Pertama sekali saya akan periksa bloglist saya untuk melihat entri-entri terkini dari rakan-rakan blogger. Ternampak satu isu yang dikira menghangatkan lagi dunia blog. Isu yang terpacul di Yeidpozi.info yang berjudul DASAR BLOGGER PENIPU. Melihat kupasan yang pedas dari beliau menggambarkan kemarahan beliau dalam isu ini. Isu ini telah dibangkit oleh Pendekar Berkuda. Beliau dengan terang-terang mendedahkan senarai bloggers yang terlibat denhan isu SKANDAL AUTOBLOGWALKING. Tahniah kepada mereka berdua kerana berani mengupas isu ini yang pada hemat saya menggunakan bahasa yang amat berkesan dalam menyedarkan mereka-mereka yang terlibat.

Saya sebenarnya agak terkilan apabila mengetahui skandal ini wujud. Saya sebagai orang baru di arena blog ini sedikit sebanyak dapat mengetahui yang ia memang wujud. Dalam alam maya terutamanya perhubungan sosial berbentuk blog juga dianggap satu ikatan persahabatan yang memerlukan keikhlasan, kejujuran, kerpercayaan dan saling tolong-menolong. Jadi jagalah persahabatan ini seolah-olah mereka ini sahabat kita di dunia nyata. Mereka yang menjadi follower kita sebab mereka hendak membentuk satu ikatan yang mewujudkan medan perkongsian ilmu dan maklumat dan yang utama sekali mereka telah menjadi kawan kita. Jadi, jangan khianati mereka. Persahabatan yang dibina di atas dasr penipuan tidak akan bertahan lama. berlaku jujurlah ye.

Oleh itu:
-Jangan mengharapkan traffic yang mencanak dalam masa singkat. Semuanya memerlukan masa dan kesabaran.
-Jangan merosakkkan kepercayaan kawan-kawan kerana ia akan merosakkan ukhwah.
-Jangan mementingkan diri sendiri dengan menggunakan jalan pintas yang boleh mencabuli titik peluh orang lain (plagiarisme), kalau nak kongsi artikel kawan-kawan boleh tapi letakkan kredit dari mana kita ambil artikel tu.
-Jangan menipu. Jadi berlaku jujurlah dalam dunia blog.
-Dosa akan ditimbang di akhirat walaupun seberat zarah. Jangan dekati sebarang dosa ye termasuk penipuan.
-Dosa menipu bukan setakat di alam nyata tetapi di alam maya pun akan berdosa jika ia memang unsur penipuan. Jangan memandang remeh ye.

Akhir kata, bila dah bergelar blogger perlulah ditetapkan matlamat kenapa kita berblogging. Yang penting kejujuran dan keikhlasan merupakan aspek yang perlu diberatkan dalam dunia blog. Mereka semua adalah sahabat kita walaupun di alam maya jadi jagalah ikatan ini dengan sebaik-baiknya. Sekian
 
best linux hosting