Friday, January 21, 2011

Jangan Menzalimi Binatang

Comments
Sumber gambar: iezamicos90.blogspot.com
Binatang yang melata di muka bumi ini juga merupakan makhluk Allah. Mereka juga mempunyai hak untuk bernafas, dilindungi, mencari makan, mempunyai tempat tinggal dan lain-lain lagi.


Menyayangi binatang seperti memberi tempat tinggal, memberi makan dan membelainya merupakan salah satu amal soleh yang dikurnakan ganjaran pahala. Adakah kita tidak menyedarinya? Bila nafsu mengatasi iman maka sebaliknya yang akan berlaku.

“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).” Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah.

“Kasihanilah siapa saja yang ada di bumi ini, nescaya kalian akan dikasihani oleh yang ada di langit.” Hadith Riwayat Tirmidzi, Ath-Thabrani dan Al Hakim.

“Siapa yang tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi.” Muttafaqun ‘Alaih.
 -rujukan dari : hurairahmerah.blogspot.com


Jadi sama-sama kita berusaha menjadi ummah yang penyayang. Jangan berlaku zalim kepada binatang. Mereka makhluk Allah jua seperti kita cuma kita diberikan akal. Jadi gunakan anugerah Allah itu untuk memberi faedah kepada yang lain.

BACA JUGA DI SINI:
- Hurairah Merah

*Tahukah anda Sahabat Rasul yang bernama Abu Hurairah adalah penghafal hadis-hadis nabi yang terbanyak sehingga dikenali sebagai GUDANG ILMU. Nama sebenar beliau adalah Abdul Rahman bin Sakhir. Abu Hurairah merupakan gelaran yang diberi oleh baginda Rasulullah s.a.w kepada beliau yang bermaksud 'Bapa Kucing Kecil'. Gelaran tersebut diberi atas keperihatinan beliau menyelamatkan seekor anak kucing yang kehilangan ibunya ketika beliau dalam perjalanan ke Masjid Nabawi.
 
p/s: kepada yang suka buang kucing, ingatlah. Balasan tetap menanti di akhirat andai anda membuang ditempat yang tidak ada makanan dan tempat perlindungan untuk berteduh. Sekarang sudah ada pusat yang memberi khidmat penjagaan binatang jadi serahkanlah pada mereka dari anda membuang mereka merata-rata. Ramai juga yang mencari kucing untuk dipelihara jadi boleh diberi pada mereka.

Yang suka menyepak dan menendang binatang terutamanya kucing, anda telah berlaku zalim pada mereka. Perbuatan anda tidak menggambarkan Islam pembawa rahmat seluruh alam. Balasan tetap menanti anda di akhirat.
 
best linux hosting