Wednesday, January 12, 2011

Kena pangkah

Comments
Rata-rata korang tahu apa maknanya pangkah. 

Kena pangkah?

Dulu time sekolah cikgu banyak pangkah-pangkah aku punya jawapan sebab terbabas dari skema.

Tapi itu cikgu punya pangkah.

Pangkah yang aku maksudkan adalah tindakbalas individu akibat dari perasaan tidak puas hatinya yang meluap-luap ke atas individu yang lain. Boleh dihubungkaitkan dengan maki, kutuk, kena bidas dan yang seangkatan dengan nya.

Sedap ke kena pangkah?

Cuba korang suruh kawan pangkah diri korang (cari pasal). Boleh rasa tebal kulit muka korang.
Sedapnya sehingga menusuk kalbu.huhu..

Mula-mula kena pangkah memang sadis tapi lama-lama dok kena pangkah dah tuli dah telinga aku nak melayan pangkah-pangkah orang. Silap-silap kena balas balik. Pengalaman mengajar.

Mungkin pada kita perkara biasa untuk memberi jawapan secara pangkah2 ni tapi kena ingat, perasaan kita tak sama dengan perasaan orang lain. Kalau yang kena pangkah tu suka berdendam, kita akan dijadikan musuhnya. Kalau yang pemaaf mungkin terselamatlah kita. Semua dosa kita akan terhapus andai kita bertaubat melainkan dosa sesama manusia. Jadi bermohon maaflah sesama manusia ye.

Nak menegur ada caranya buka terus PANGKAH dengan kata2 kesat. Takda faedahnya pangkah2 ni kalau sedikit sebanyak akan menimbulkan kebencian orang. Bangga ke?.
 
best linux hosting