Friday, January 21, 2011

Nombor Ekor - Manusia Yang Tertewas.

Comments
Saya percaya masing-masing sudah faham apa yang dimaksudkan dengan nombor ekor/toto/magnum. Ia merupakan bentuk perjudian yang popular  di Malaysia. Bukan niat hendak mempromosi tetapi pandangan saya sebagai muslim yang malu dengan orang Islam sendiri berpusu-pusu untuk menjadi kaya dengan cara macam ini.

Sebagai orang Islam, kita yang ketagih bermain nombor ekor secara langsung telah mencemarkan Islam. Tidak dinafikan yang memenuhi premis-premis nombor ekor ini sebahagian besarnya adalah umat Islam sendiri. Tidak kiralah jumlah yang kita laburkan sedikit ia tetap judi. Judi hukumnya jelas haram.

Apa faedahnya bermain nombor ekor? Tiada faedah malah mudarat yang menimpa. Sudah tentulah dosa yang kita dapat. Ia juga mencetuskan budaya berhutang ( bagi yang tegar dan ketagih ) sama ada dari ah long atau individu lain. Jadi kaya? Apa yang kayanya? Kayap adalah kot.

Mereka tidak pernah berasa puas. Walaupun pernah menang, mereka tetap tidak pernah puas dengan hasilnya. Malah ada yang melaburkan wang dengan jumlah yang lebih besar semata-mata mengimpikan pulangan yang lumayan. Bagi yang dah ada isteri dan anak-anak, sayanglah mereka. Tak kan kita nak memberi nafkah pada isteri dengan duit haram? Belanja anak-anak sekolah dengan duit haram yang kalian dapat? Memang teruk dan hapraklah kalian yang terlibat dengan perjudian ini.

Kalian yang berjudi merupakan manusia yang tewas. Walaupun kalian menang, tapi tetap tewas sebagai umat Islam. Kalian tertewas dengan pujuk rayu syaitan. Kalian tertewas kerana mencemarkan Islam dan kalian tertewas kerana mengerjakan apa yang dilarang oleh Allah. Adakah kalian sudah lupakan Allah dan azab seksaNya yang maha pedih? 

Akhir kata, sama-sama kita renungkan firmah Allah yag bermaksud:

“Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91)

Apa lagi alasan kalian hendak berikan untuk bermain judi?

JOM BACA DI SINI JUGA:
KizMyself  - MKT ( Memang Kena Tipu)
Ikatan Profesional Muslim  -Jauhi Judi
Hajba Enterprise - Dalil Judi Haram
 
best linux hosting