Saturday, January 15, 2011

Pandangan:Penyakit Sosial

Comments
Pengetahuan dan kefahaman dalam ajaran Islam adalah benteng yang kuat dari terjebak ke dalam penyakit sosial. Anda setuju? Tepuk dada tanya iman bukan akal kerana akal selalu ditunjangi nafsu. Sebab itu ada yang mengkritik apabila pendapat ini di utarakan.

Kita menerima Pendidikan Islam seawal usia bermula di rumah. Itulah peranan ibu bapa untuk mengasuh anak-anak berlandaskan pendidikan Islam mengikut peringkat usia namun secara holistik. Jadi ibu bapa terlebih dahulu menjadi role model pada anak-anak dengan menunjukkan tauladan bersandarkan syiar Islamiyyah.

Persoalan yang biasa timbul "walaupun ayah imam dan ibu ustazah, belum tentu anaknya baik". Kena difaham juga iman bukan warisan yang boleh diturunkan beberapa generasi. Yang diwarisi dalah Islam. Jika Islam pula kena lihat kualiti imannya pula. Kualiti iman boleh ditentukur melalui gaya hidupnya. Ilmu-ilmu agama yang dberikan oleh ibubapa kepada anak-anak amat penting kepada anak-anak yang bakal meningkat remaja sebagai bekalan untuk panduan meniti kehidupan agar tidak tergelincir. Jadi, jika ilmu-ilmu islam hanya sebagai pengetahuan semata-mata bukan pula pada praktikal akan tergelincir juga. Tegasnya, pengetahuan dalam islam dan pemahamannya perlu dipraktikkan secara holistik, mengekang nafsu demi mencari redha seterusnya mewujudkan gaya hidup Islamiyyah. Secara langsung, akan mencegah berlakunya penularan penyakit sosial ini.

Kita tidak perlu kepada phrase atau falsafah istimewa yang dicipta oleh cendekiawan barat sebagai pedoman kerana itu hanya menjamin kejayaan di dunia semata-mata tapi kita mesti berpegang pada al-Quran dan Hadis sebagai pedoman hidup kerana menjauhi kesesatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat adalah jaminannya. Oleh itu, dampinglah para alim dan ulama' untuk mempelajari al-Quran dan hadis dan ilmu yang terkandung dalam kedua-duanya.

Akhir sekali, untuk membanteras penyakit sosial, kita perlu kembali kepada Islam secara holistik dan mempraktikkan pengetahuan serta pemahaman dalam Islam juga secara holistik di dalam segenap aspek kehidupan seharian kita agar gaya hidup Islamiyyah dapat diwujudkan. Gaya hidup Islamiyyah mementingkan aspek kejiranan dan muafakat. Oleh itu, budaya mencantas orang yang cuba menegur (kita dan keluarga kita) perlu diketepikan. Orang menegur sebab mengambil berat dan sayang kita sebagai saudara se-Islam bukan hendak menyibuk dan menjaga tepi kain. Jadi, relevankah kenyataan ' Jagalah tepi kain engkau dan keluarga engkau, jangan nak menyibuk hal rumahtangga orang lain' dan 'kubur masing-masing'? Tepuk dada tanya iman bukan akal.

p/s:

-Kepada kawan-kawan, ini adalah pandangan kaca mata saya, kalau ada pandagan lain silalah berkongsi ye.


 
best linux hosting