Monday, January 17, 2011

Pendapat : Pengamal Perubatan Moden Perlu Tahu Khasiat Tumbuhan Herba

Comments
Bila disebut tumbuhan herba, rata-rata kita hanya akan terfikir tongkat ali dan kacip fatimah. Sebenarnya tumbuhan herba mencangkupi pelbagai jenis tumbuhan. Antara yang biasa kita jumpa adalah:

-Pegaga
-Kacang cambah ( taugeh )
-Ulam raja
-Pucuk betik dan sebagainya.

Kesemua khazanah herba ni mempunyai khasiat yang tinggi dalam memastikan kecantikkan dan kesihatan tubuh badan.

Berbalik pada tajuk, Pengamal perubatan moden seharusnya mengambil tahu serba sedikit tentang tumbuh-tumbuhan herba ini. Perlu sedar, tumbuh-tumbuhan herba ini mempunyai khasiat yang tinggi dan tiada kesan sampingan seperti kesan sampingan yang terdapat pada ubat-ubatan yang sememangnya diketahui diperbuat daripada bahan kimia. Disamping menasihatkan pesakit untuk memakan ubat, cuba diselitkan nasihat kepada pesakit untuk meningkatkan pengambilan ulam-ulaman dalam diet seharian mereka berdasarkan kepada pengetahuan kita pada tumbuhan herba.

Di Malaysia, telah wujud bidang perubatan baru iaitu perubatan homeopati di mana kaedah perubatannya adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan herba tambahan pula kaedah perubatan ini semakin mendapat pemintaan daripada masyarakat kini.

Jika ingin tambah pengetahuan tentang khasiat ulam-ulaman, silalah berkunjung di laman SEGALANYA TENTANG TUMBUHAN. Insya Allah, mudah-mudahan mendapat pengetahuan dan manfaatnya.
 
best linux hosting