Saturday, January 22, 2011

Pening...

Comments
Sumber gambar : ectropicinteractive.com
Minum ubat batuk punya pasal terus mata jadi ayu semacam. Kalau tak minum tak redalah juga selesema saya. Tapi yang tak bestnya kesan sampingan dia yang membuatkan kita mengantuk tersengguk-sengguk. Walaupun mengantuk saya tetap nak berblog juga malam ni ( macam tegarlah pulak). Sebab terlampau tahan mengantuk alamatnya peninglah yang datang menyapa.

Semangat untuk berblogging masih lagi tak tercalar. Kerana bagi saya, blogwalking sambil membaca entry kawan-kawan sememangnya menyeronokkan. Boleh dapat idea-idea baru untuk menulis. Kita di alam blog pun masih tak boleh nak buat kera sumbang. Kalau buat juga memang spesis kera lah kot.hehe.

Apa-apa pun happy blogging dengan penuh senyuman bukan keterpaksaan.hehe. Niat biarlah jujur dan ikhlas barilah ada 'feel' bila blogging.

Sekian

p/s: selesema pun ada nikmatnya juga. Bersinlah nikmatnya kan. apa-apa pun selesema tetap gejala penyakit.
 
best linux hosting