Wednesday, January 19, 2011

Pesakit mental di Malaysia meningkat ( Jenis dan faktor pencetus)

Comments
Rencana ini, kawan-kawan boleh baca di sini

Di sini saya akan lampirkan Jenis-jenis penyakit mental dan punca-punca tercetusnya penyakit ini. Moga beroleh pengetahuan dan manfaat.

Penyakit mental boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan yang utama:

1. Psikotik (penyakit mental yang utama)
Contohnya skizofrenia, psikosis kemurungan manik, gangguan delusi
2. Bukan psikotik (penyakit mental yang minor)
Contohnya gangguan kebimbangan, gangguan nafsu kuat yang keterlaluan dan gangguan pemakanan
Penyakit Psikotik
Orang yang menghidapi penyakit psikotik akan kehilangan penilaian terhadap realiti dan akan memahami dunia secara berlainan daripada orang lain. Mereka mungkin akan mengalami delusi iaitu kepercayaan palsu berkenaan kebesaran dan penganiayaan dan mengalami halusinasi. Mereka mungkin akan melihat, mendengar, merasa, menghidu dan merasakan perkara-perkara yang sebenarnya tidak wujud. Mereka mungkin berasa murung atau gembira pada perkadaran yang tidak setimpal dengan keadaan hidup mereka.
Penyakit bukan psikotik

Gejala-gejala penyakit bukan psikotik berbentuk sejenis sikap keterlaluan bagi jenis-jenis tingkah laku dan perasaan biasa. Orang-orang yang mengalami penyakit bukan psikotik mungkin akan berasa kebimbangan, tekanan, ketakutan dan kemurungan yang tidak terkawal. Perasaan ini boleh menyebabkan kesedihan peribadi yang ketara yang mengakibatkan kesusahan dalam mengendalikan aktiviti harian.


Punca:

Secara umum di sebabkan oleh tekanan perasaan, beban pekerjaan, kemurungan, keturunan dan krisis identiti. ( dari pembacaan akhbar )

Dari segi perubatan pula:
Penyakit mental bukannya disebabkan oleh kelemahan minda atau semangat, kekurangan tekad atau kuasa-kuasa ghaib yang berbentuk dirasuk syaitan.
Sebab sebenar terjadinya penyakit mental tidak diketahui atau difahami sepenuhnya. Bagaimanapun, kebanyakan penyelidik telah menentukan bahawa masalah mental kemungkinannya disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan-bahan kimia dalam otak. Ketidakseimbangan ini mungkin disebabkan oleh suatu tindakbalas terhadap tekanan persekitaran, faktor genetik dan ketidakseimbangan biokimia ataupun satu kombinasi faktor-faktor di atas.

 
best linux hosting