Monday, January 17, 2011

Semangat Setia Kawan Dari Pandangan Kacamata Nuraz

Comments
Menjalinkan ukhwah sesama Islam sememangnya amat dititik beratkan dalam Islam. Silaturrahim yang terjalin akan meluaskan lagi ruang lingkup komunikasi manusia. Secara tidak langsung akan membina perpaduan dan mengukuhkan komuniti setempat. 

Manusia saling memerlukan antara satu sama lain tanpa mengira disaat senang mahupun susah. Jika berjauhan di perantauan jauh dari keluarga, mampukah kita mengahdapi kehidupan secara berseorangan? Jika tiada masalah mungkin kita tidak kisah sama ada kita mempunyai kawan atau tidak. Tapi kena beringat dunia tidak pernah sunyi dengan pelbagai dugaan. Andai satu hari kita terssadung dan tersungkur, kepada siapa lagi kita nak mengharapkan lagi untuk memapah kita bangun kembali kalau bukan kawan. Nak mengharapkan ibubapa? Ibu bapa jauh. Jadi kawan-kawan adalah saudara terdekat kita.

Bila hendak menjalinkan persahabatan, niat kita mestilah ditetapkan kerana Allah. Kemudian kita sejujurnya untuk berlaku ikhlas tanpa mempunyai agenda tersembunyi. Kawan yang baik adalah kawan yang memahami dan sentiasa bersama tanpa mengira kita dilanda susah atau ketika dalam kesenangan. Jangan pula di masa teman susah kita terus menjauhkan diri dan mula mencari bila teman kita yang susah itu menjadi senang. Itu bukan semangat setia kawan. Kerana dalam berkawan seharusnya ada setia bersandarkan prinsip manusia saling memerlukan antara satu sama lain.

Hendak memilih kawan macam mana, itu adalah hak masing-masing tetapi cuba luaskan lingkungan kita menjadi pelbagai dan tidak hanya tertumpu pada satu klik sahaja. Teman yang sejati adalah teman yang mendorong kita untuk sama-sama berjaya di dunia dan akhirat.

Jom layan video klip di bawah ini:


 
best linux hosting