Sunday, January 16, 2011

Sembang seks

Comments
Entri ini aku bukan nak ajak bicara pasal soal-soal seks tapi menyuarakan sedikit pandangan dan keluhan pada orang-orang yang suka bersembang tentang seks secara terbuka di khalayak terutamanya pada lelaki yang sudah berkahwin.

Seks sepatutnya menjadi perkara yang privasi antara pasangan yang dah berkahwin. Bukan satu perkara yang boleh dikongsikan secara terbuka. Mungkin pada mereka yang sudah berkahwin dianggap advance tetapi bukan alasan untuk membicarakan soal dalam kelambu/atas katil secara terbuka. 

Pada mereka juga, ia bukan perkara yang memalukan. Mungkin sebab rasa malu sudah hilang. Sebab itu tak segan silu nak sembang bab seks secara terbuka di khalayak. Ini yang terjadi pada aku bila keluar makan dengan kawan yang dah kahwin. Ada ketika mereka akan mengeluarkan bab ini. Aku ketika itu dah tebal berinci-inci. Sebab sembang secara terbuka dengan nada yang boleh didengari oleh orang sekeliling. Ada yang berseloroh akan menceritakan perkara yang dibuat ketika bersama isterinya. Menjadi kebanggaan ke bila bersembang bab ni? Adakah nak menunjukkan kita sudah matang? Advance? 

Apakah tindakkan kawan-kawan jika berhadapan situasi macam ni? harap dapat berkongsi.
 
best linux hosting