Friday, January 14, 2011

Teman- Sejati kah?

Comments
Mendengar muzik berjudul 'Teman sejati' nyanyian kumpulan Brothers yang popular sekitar tahun 1996. Lagu ni banyak memberi inspirasi semasa bergelar pelajar di sebuah sekolah menengah. Lagu ini juga banyak diguna pakai untuk program-program motivasi yang banyak menyedarkan kita akan kepentingan sesuatu ukhwah.

Dalam menjalinkan sebuah persahabatan, keikhlasan amat penting agar sesuatu hubungan itu berjaya. Dari keikhlasan akan memupuk kepercayaan. Inilah akan menjamin keharmonian dalam persahabatan. Elakkan dari mempunyai agenda tersembunyi demi kepentingan diri dan sikap suka mengambil kesempatan.

Sejatikah persahabatan jika kita membina ukhwah hanya untuk lulus peperiksaan? Bila tamat pengajian terus hilang. Usahkan rupa, bayang-bayang pun tidak kelihatan.

Begitu juga andai berkawan hanya dikala susah. Jenis ini tetap ada sepanjang zaman dan mungkin zaman sekarang lebih teruk. Inilah yang dikatakan parasit. Tahukan sifat parasit macam mana. Kita mungkin tak tahu sikap dan tingkah lakunya andai pertama kali menjalin hubungan tapi lama kelamaan kita akan sedar juga yang kita hanya dipergunakan sahaja.

Bersahabat biarlah luas lingkungan tetapi lebih memberatkan bersahabat dengan orang-orang yang cintakan Islam.

Memilih sahabat itu adalah hak masing-masing tetapi teman sejati pada pandangan aku adalah teman yang mengajak kita 'sayangkan dunia demi cintakan akhirat'. Sayang pada dunia kerana masih bernafas untuk kita terus menerus membuat amal soleh demi cintakan akhirat.
 
best linux hosting