Monday, January 24, 2011

Tidak Salahkan Mempunyai Pemikiran Kritis?

Comments
Sumber gambar: www.fablevision.com
Mungkin dengan menganggap politik itu kotor kita terus malabelkan sesiapa yang terjebak ke dalam kancah politik atau membicarakan sesuatu unsur yang berbaur politik terus mempunyai pemikiran yang kotor? Hidup dalam dalam sesebuah daulah tentu kaya dengan pelbagai ragam dan tabiat serta corak pemikiran yang berlainan. Ini kerana kepuasan dan cita rasa semua individu tidak sama. Begitu juga pandangan yang tidak sama. Sudah tentulah mewujudkan ideologi politik yang tidak sama. Ada yang mengambil langkah berkecuali. Tapi itu terpulang. Tiada sesiapa yang memaksa kita untuk berpolitik.

Saya tidak menjadikan politik sebagai ukuran untuk memilih kawan. Kita perlukan kawan, kerana kawan merupakan satu aspek utama dalam ekosistem kehidupan manusia.

Pemikiran yang kritis pemikiran yang ligat dan amat peka dengan isu semasa. Malah boleh menyatakan pandangan dalam semua aspek ruang lingkup. Manakala pemikiran yang jumud adalah mereka yang tidak mahu berfikir dan menerima bulat-bulat semua pandangan tanpa menyelidiki baik buruknya dan tidak mahu memikir kelebihan dan kekurangan sesuatu isu. Semuanya baik. Kalau semuanya baik maknanya tidak ada cacat celalah kan?

Kita tidak salah untuk menyatakan luahan pandangan kerana kita bebas bersuara. Umpama isu pemasangan beg udara baru-baru ini. Saya tidak membantah malah saya menyokong kerana dengan langkah itu sekurang-kurangnya risiko kematian akibat kemalangan dapat dikurangan. Saya tidak mempolitikkan isu ini kerana ia satu langkah yang baik. Dan ia kelihatan tidak memberatkan rakyat sebab hanya melibatkan kereta-kereta baru sahaja kan. Jangan ada yang salah faham ye dengan artikel saya yang lepas. Kalau nak anggap saya bermain politik terpulang. Walaupun saya berfikiran opposite dengan ideologist kerajaan tak bermakna semuanya saya menentang dan menujah segala percakapan yang kosong. Cuma pemberian kontrak pemasangan beg udara biarlah telus dan tidak pilih kroni.

Kita sayangkan negara kita sebab itu masing-masing perlukan yang terbaik utnuk memacu negara kearah yang lebih mapan. kalau ada yang terasa dengan komentar saya sebelum ini, saya mintak maaf. 
 
best linux hosting