Tuesday, January 25, 2011

Tips Berdiet amalan nuraz

Comments
Sumber gambar:www.infosihat.gov.my
Adakah kawan-kawan runsing dengan berat badan yang berlebihan? Tentu rasa tertekan bukan? Siapa yang tidak mahukan berat badan yang ideal agar kelihatan tampan, segak dan kemas. Sejak tiga bulan kebelakangan ini, saya telah menanamkan tekad untuk turunkan berat badan menggunakan tips-tips yang diolah oleh saya sendiri di samping merujuk panduan pemakanan seimbang yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan hasilnya amat memuaskan. Selama tiga bulan saya berjaya mengurangkan sebanyak dua kilogram berat badan saya.

Adakah perlu berlapar dengan menahan makan semata-mata untuk menguruskan berat badan? Ingatlah tindakkan anda bakal mengundangkan padah. jadi saya telah aturkan pola pemakanan saya seperti yang saya catatkan di bawah ini. Kuantiti makanan yang diambil bergantung kepada aktiviti dan kerja kita. Jika kerja pejabat kuantiti haruslah sedikit berbanding dengan buruh kasar. berikut adalah jadual pemakanan saya:

Pagi:
-Segelas susu anelene dicampur 5 sudu oat.
-Air Suam segelas.

Pukul 10 pagi:
-Tiga keping biskut kering dengan air suam.

Lunch ( 1.00 pm ):
-Secawan nasi
-Kuah ( pilihan saya adalah kurang lemak dan minyak serta garam contohnya : asam pedas, sup sayur dan kari tanpa santan)
-Ulam-ulaman ( kegemaran saya : ulam raja, pucuk putat, kacang botol, pegaga, pucuk gajus dan pucuk ubi kayu)
-Sedikit buah-buahan ( pilihan saya adalah oren dan tembikai)
-Teh O suam/milo O suam/Jus limau suam.
-Air suam segelas

Pukul 5.00pm
-Dua keping roti gardenia
-Air suam segelas

Selepas maghrib:
-Susu anelene
-Air suam

Sebelum tidur:
-Air suam

Yang penting jangan lupa untuk bersenam. Cukuplah seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yakni 30 minit setiap sesi dan 3 kali seminggu. Sayangi jantung anda ya. Kekalkan berat badan yang ideal. Amalkan gaya hidup sihat.
 
best linux hosting