Monday, January 17, 2011

Tips : Pikat Suami Dengan Masakan

Comments
Saya tidak ada pengalaman dalam kehidupan rumahtangga ini tapi saya perahkan sedikit tip melalui pengamatan dan pembacaan. Tip yang hendak saya utarakan ini memang difikirkan bernas dan boleh diterima akal.

Sebelum mendirikan rumahtangga, rata-rata orang nak ambil tahu sama ada seseorang gadis itu boleh memasak atau tidak. Begitu juga pihak lelaki, tentu akan memberatkan gadis yang boleh memasak. Kalau tak tahu masak adakalanya disuruh belajar malah ada lelaki sanggup jadi chef terjun semata-mata nak mengajar buah hatinya memasak.

Perempuan yang pandai memasak dipandang bernilai pada bakal-bakal mertua atau pada pencari bakal-bakal menantu. Jadi tak salah untuk belajar memasak. Jangan memandang remeh dengan hal ini walaupun kita sudah berkerjaya. Sampa bila nak harapkan tukang masak dekat kedai untuk uruskan makan minum kita seharian.

Perempuan sebelum mendirikan rumah tangga, cuba mulakan langkah dengan mengambil tahu makanan kegemaran bakal suami kita. Bila sudah dibuat senarai, berusahalah mempelajari dan menghafal resipi tersebut. Selepas itu, buatlah amali di dapur.

Lelaki akan berasa dihargai bila si isteri ambil tahu makanan kegemaran tambahan pula tahu memasak makanan kegemarannya. Wanita yang berkerjaya adakalanya tiada masa nak memasak tapi cubalah mencari masa untuk memasak makanan untuk suami. Anda mungkin tak kisah suami memuji kesedapan makanan di kedai tapi apa rasa anda jika si suami memuji masakan anda? Banggakan?

Sekurang-kurangnya kemahiran anda memasak, akan mengharmonikan rumah tangga, adakalanya kemarahan suami akan lenyap bila anda memasak makanan kegemarannya. Ia umpama satu hadiah dan 'cara memujuk suami' ditambah pula makanan dihidangkan dalam suasana candle light dinner. Kan romantik tu.

Ap-apa pun berusahalah belajar masak kerana ia merupakan tambah nilai pada seseorang wanita. Bukan setakat disayangi suami malah mertua. Selamat belajar terutamanya yang belum berkahwin.
 
best linux hosting