Monday, January 17, 2011

Tips untuk mengelak kena mengorat

Comments
Kawan-kawan terutamanya yang perempuan pernah kena mengorat, kena kacau, mendapat peminat misteri dan benda-benda yang seangkatan dengannya? Ada yang berasa rimaskan? Jadi, saya perahkan sedikit tips bagaimana nak mengelak dari semua ni.

Permulaan sekali, kawan-kawan jangan lah gelabah, gabra semacam. Tetapi perlu rilek, kontrol perasaan tu dan tenangkan fikiran. Setelah kawan-kawan rilek, kawan-kawan kena jumpa dia dulu. Jumpa sebagai kawan dan temuramahlah dia. Jangan panjangkan sangat pendahuluan kawan-kawan tu ya. Ini akan membuatkan dia fikir anda ada respon. Terus kepada matlamat dengan bertannya soalan macam ni:

"awak, kenapa awak suka kacau saya?"

Lebih kurang macam ini lah ataupun mengikut kesesuaian kawan-kawan:

Beri perhatian pada jawapan yang dia bagi. Jika jawapannya macam ini:

"Sebab awak comel"
Tindakkan kita: Masamkan muka atau kelatkan muka anda tu jika berhadapan dengan kaum adam, wajib tundukkan pandangan dan elakkan memberi panahan mata ketika melewati kaum adam.

"Saya suka rambut awak"
Tindakkan kita: Pakailah tudung ye. Rambutkan aurat lagipun secara kasar dia beritahu jawapan itu, yang tersiratnya dia suka bahagian-bahagian yang terdedah  terutamanya Pektoralis Major atau dada tu. Pakai tudung seperti yang dituntut Islam.

"Sebab awak cantik"
Tindakkan kita: Pakailah pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan ye. Pakaian yang longgar sebab cantik pada dia mungkin pada bentuk badan kita yang ada cutting tu. Gemukkan badan tu. Mungkin dia juga terpikat sebab kita ni slim melim. Oleh itu berusahalah gemukkan badan kita. Tips itu boleh baca di sini.

"Sebab awak manis"
Tindakkan kita: Manis tu maknanya pada wajah kita. Wajah yang manis terhasil dari senyuman yang manis. Jadi elakkan memberi senyuman pada kaum adam ye. Tundukan pandangan anda.

Sebenarnya, pelbagai jawapan yang diberikan tapi cukuplah saya senaraikan sikit sebagai panduan. Kesimpulannya, berusaha menjadi kontra dengan jawapan yang telah diberikan.

Kalau tak berjaya juga, langkah terbaik adalah buat bodoh aja. Sekian
 
best linux hosting