Thursday, January 20, 2011

Transparency Habit

Comments
Transparency bermaksud lutsinar yakni membenarkan kesemua tujuh elemen dalam cahaya menembusinya tanpa mampu menapisnya. Jadi kita boleh melihat sebarang objek melaluinya. Contohnya gelas kaca. Walaupun ada unsur pembiasan, kita mampu melihat objek melaluinya.

Di sini saya tidak akan menerangkan secara langsung sifat transparency ini tetapi saya kaitkan transparency ini dengan identiti seseorang. Transparency habit besangkut paut dengan peribadi seseorang yang mempunyai sikap terlalu berterus-terang tanpa ada unsur penapisan. Sesetengah orang akan melabelkan mereka ini sebagai mulut yang tiada insurans.

Mereka ini dekenali melalui pertuturan 'tanpa berselindung'. Mereka berani melontarkan isi hati mereka berkaitan sesuatu isu yang membuatkan mereka tidak puas hati. Adakalanya perkataan dilontarkan itu disusuli dengan penampakkan emosi dan raut wajah bagi menggambarkan perasaan mereka.

Perkataan yang digunakan selalunya agak pedas dan kasar yang adakalanya tidak dapat diterima oleh sipendengar. kalau yang berjiwa lembik alamatnya bersekalah mata tu tak pun tebal muka. Padahal itulah cara mereka untuk menyatakan pandangan atau meluahkan perasaan mereka.

Mereka ini jarang mengenali erti malu bila bercakap. Tapi hati baik (^_^)v. Sekian

p/s: kalau nak berkongsi pandangan amat dialu-alukan. Ini adalah pandangan saya, mungkin berbeza dengan pandangan kawan-kawan
 
best linux hosting