Monday, January 17, 2011

Zaman Sekarang Zaman Eco No Money

Comments
Eco No Money, ekonomi yang tak ada duit. Kenapa hendak dibangga negara mempunyai ekonomi yang kukuh sedangkan rakyat dibebani dengan kenaikkan harga barang? Ini cetusan rasa naluri saya bukan berunsur politik tetapi dari apa yang saya amati dari menonton berita dan membaca surat khabar. Jika negara yang mempunyai ekonomi yang baik, kenapa ia tidak menjamin rakyat bawahan hidup dalam kesenangan? Adakah kita nak persalahkan mereka dengan melabelkan mereka sebagai malas dan pilih cara hidup susah? 

Para petanimereka membanting tulang dan mengeluarkan keringat berkali ganda lebih dari kita yang berkerja pejabat. Adakah mereka patut dilabelkan rakyat yang malas? Para penoreh getah keluar menoreh sesudah subuh lebih awal daripada kita yang berkerja pejabat yang hanya mengetik kad waktu pada pukul 7.45 pagi. Patutkah mereka dianggap malas? Kita nak salahkan mereka dengan mempersoalkan kenapa mereka pilih hidup susah. Ini adalah 'stupid statement from an idiot person!'

kenapa kita mempersoalkan macam itu? kenapa kita tidak mempersoalkan diri kita pulak kenapa kita dilimpahkan nikmat kekayaan? Bukankah harta kekayaan yang kita dapat patut dikongsikan dengan manusia yang hidup kesempitan? Kenapa perlu cakap harta kekayaan kita adalah milik kita. Terlupakah kita segala nikmat kekayaan hanya pinjaman dari Allah untuk menguji kita? Kenapa perlu bakhil sehingga kita terlupa nak menjadi insan yang bersyukur?

Berbalik pada isu, menjelang tahun 2011, kita sebagai rakyat Malaysia telah dibebani dengan kenaikkan harga bahan api secara tak langsung harga barang. Minyak masak pun dah kehabisan stok. Yang adapun minyak seolah-olah  dijual untuk manusia yang kaya-kaya sahaja. Kenapa perlu melaungkan ekonomi Malaysia sudah kukuh sedangkan soal macamni masih menghantui rakyat? Saya tidak layak bersuarakah sebab di cop tidak memahami beban tugas pemimpin? Disuruh jadi pemimpin dahulu baru tahu susahnya jadi pemimpin. Alahai. Ini stupid statement lagi. Kalau macamtu saya nak suruh jugaklah pemimpin jadi rakyat dan hidup di kalangan petani terutamanya pesawah biar dengar sendiri rintihan rakyat seperti  mereka. Baru tahu susahnya menjadi rakyat ek? Pemipin nak rasa susah apa. Apa yang mereka nak semua tersedia didepan mata. Berjiwa rakyatkah pemimpin macamni? Ini bukan isu politik tapi ini suara dari saya sebagai rakyat yang hidup dikelilingi masyarakat kampung yang masih susah dan sangat terbeban dengan kenaikkan harga barang.

jangan membenci politik kerana politik tidak kotor, yang kotor adalah politikus.

*********mood panas dengan segelintir manusia yang B**G**G.
 
best linux hosting