Thursday, February 3, 2011

Laksanakan Atas Dasar Tanggungjawab Bukan Atas Dasar Kepartian

Comments
Cukup kecewa apabila ada segelintir blogger cuba memmainkan sentimen kepartian dalam usaha membawa pulang pelajar-pelajar dari Mesir. Sempit dan dangkal sekali pernyataan yang mereka keluarkan tika pergolakkan sedang memuncak.

Alasan yang diberikan cukup tidak mengambarkan kematangan untuk berfikiran kritis tapi lebih menjurus ke arah pemikiran yang agressive. Tak pasal-pasal mengundang cercaan dari segenap pihak. Walaupun berbeza idoelogi politik, mereka tetap memegang kerakyatan sebagai warga negara Malaysia. Berpolitik adalah hak seseorang individu. Siapa mereka hendak sokong adalah terpulang tetapi kewajipan seseorang pemimpin adalah memastikan keselamatan setiap rakyatnya terjaga. Jangan berlainan kerpatian terus di anak tirikan. Menuduh mereka melawan kerajaan juga perlulah berasas. Dari aspek apa kita patut menyokong dan dari aspek apa pula kita patut membangkang. Inilah memerlukan seseorang untuk mempunyai pemikiran yang assertive. Memberi bantuan adalah tanggungjawab pemerintah. Ini adalah diskriminasi! Andai mementingkan ideologi politik berbanding rasa tanggungjawab kepada rakyatnya.

Jika dilihat pada Amerika, Jepun dan China. Tanpa mengira ideologi, kesemua rakyat mereka telah dibawa pulang. Ini kerana pemimpinnya ada toleransi dan rasa tanggungjawab yang masih menebal. Tapi kita? Mundur ke belakang. Jangan mengukir kekecewaan di kalangan rakyat yang sedar andai ada jenazah warga negara Malaysia yang di bawa pulang. Kelak jalan raya di Malaysia menjadi tumpuan dunia........

Baca juga artikel ini:

Arusperjuangan.blogspot.com
 
best linux hosting