Tuesday, February 8, 2011

Post Mortem- Bersifat terbuka dan berani menerima teguran

Comments
Ada jugakan spesis manusia yang tidak boleh menerima teguran dan pandangan dari orang lain. Wahai manusia-manusia yang berkenaan. Ni jawapan aku pada hang pa yang bajet pandai.

Apa peranan dan fungsi ukhwah sesama manusia? Islam menggalakkan kita untuk memilih kawan yang mengajak kita mendekatkan diri dengan Allah. Dah tahu diri tak berapa nak cerdik hal-hal Islam, carilah manusia yang boleh membimbing kita ke arah Islam. Bukan pula bila ditegur terus dibalas dengan makian dan suruh jaga hidup masing-masing. Kubur masing-masing adalah falsafah untuk manusia yang bangang.

Spesis ni pula jenis suka cakap besar dan sembang tinggi. Sembang bukan main berapi dan termasuk aku ingat orang ini memang pandai serba-serbi tapi bila waktu buat kerja hampeh. Kenapa? Banyak yang songsang dan tak betul dan hasilnya kadang2 zero. Cakap tak serupa bikin. Bila ditegur tak mau dengar cakap kita tak tahu apa dan dia punya pengalaman lebih. Jenis ni suka dok bagi arahan pada orang. Ye lah dah anggap diri macam orang besar-besar pada hal sama taraf ja kita.hehe...

Ada jenis orang yang tak suka pada post-mortem. Dorang dah anggap kaedah dah sempurna dan tiada cacat celanya. ni pun pelik juga perangai. Tak kiralah apa jenis kaedah yang korang guna pakai, post-mortem tetap diperlukan juga. Itulah yang dinamakan penambahbaikkan. Islam pun mengajak umatnya untuk senantiasa bermuhasabah diri. manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa sebab tu pentingnya muhasabah dan taubat. Bukan pula bila kita menyuarakan sebab apa terjadi sekian-sekian terus dilabelkan sebagai bangang sebab awal-awal tak direncanakan elok2. Kita manusia beb. Bila kaedah yang dirancang tak sempurna dan menemui kegagalan maka penambahbaikkan amat diperlukan. Macam mana? Perbincanganlah sesama jemaah. Kita buat sampai matlamat kita tercapai. Yang penting jangan putus asa. ok?
 
best linux hosting