Wednesday, February 2, 2011

Satu Titik Permulaan...

Comments
Satu catatan sejarah dunia baru dilahirkan dalam siri revolusi yang melibatkan negara Tunisia, Mesir, Yamen dan Jordan. Kemungkinan revolusi ini akan menular ke negara-negara arab yang lain. Setelah sekian lama berlaku penindasan oleh pemerintah diktator terhadap rakyat selama puluhan tahun akhirnya rakyat bangkit dan melawan bagi menjatuhkan pemerintahan kuku besi ini. Yang runcing sekarang adalah di Mesir di mana rakyatnya bangun dan mencetuskan revolusi yang menuntut Pemimpinnya yakni Hosni Mubarak mengalah dan melepaskan jawatannya.
Kuasa rakyat memang tidak dapat dibendung walaupun diturunkan bala tntera. Jutaan rakyat Mesir turun berdemonstrasi mendesak peminpinnya berundur. Hosni Mubarak memang pemimpin diktator yang menindas rakyat dan mempunyai talian yang rapat dengan rejim israel dan amerika. Dan ia juga merupakan negara terawal yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel. Revolusi ini menandakan kebangkitan Islam telah bermula dan siapa yang dapat menduga ia mampu menular ke seluruh negara-negara Islam. Keadaan yang berlaku di mesir secara tidak langsung telah menimbulkan kebimbangan rejim israel yang sememangnya gerun dengan kebangkitan Islam. Biarkan mereka gerun dan satu hari nanti mereka akan dilenyapkan dari muka bumi ini akibat dari kebangkitan Islam.

Kepada pemerintahan di Malaysia, di harap mengambil pengajaran dari revolusi ini. Kalau masih tak sedar, rakyat sendiri akan menyedarkan kamu. Harga minyak, harga barang, pengangguran, kronisme, APCO, penindasan terhadap rakyat miskin, kemiskinan, pemerintahan demokrasi kuku besi, FLOM adalah isu yang hangat diperkatakan sekarang dan menimbulkan amarah di kalangan rakyat yang sedar bahawa mereka bukanlah lembu dan pak angguk!

p/s: nak kata saya tak kenang jasa atau tak menghormati sejarah atau tak bersyukur terpulang. Bagi saya, bumi ini dan isinya adalah hak Allah, syukur saya hanya pada Allah dan terima kasih saya hanya pada pemimpin yang perihatin dengan nasib rakyat. Buat apa nak bangga dengan bangunan tinggi andai rakyat terbeban dengan kenaikkan melampau harga minyak petrol dan barangan? Apa ertinya negara maju andai gejala sosial parah dan kemiskinan tegar tak dapat diatasi. Zakat dikutip tapi tidak sampai pada golongan sasaran. Dan kronisme jadi budaya.

Nak kata penunjuk perasaan adalah pengganas? Negara adalah kepunyaan rakyat dan pemimpin hakikatnya dilantik oleh rakyat untuk buat kerja untuk rakyat bukannya kebas hak rakyat demi kepentingan diri!
 
best linux hosting